Laman web ini bertujuan untuk mengemukakan bahan-bahan mengenai Kajian Perbandingan Agama Islam Kristian Hindu dalam Bahasa Melayu. Semasa tinggal di luar negara, saya mulai berminat dengan bidang ini tetapi saya dapati bahawa sangat kurang bahan-bahan mengenai Kajian Perbandingan Agama Islam Kristian Hindu dalam Bahasa Melayu. Sekembalinya saya ke tanah air, saya telah mengambil inisiatif untuk menterjemahkan bahan-bahan tersebut dengan harapan dapat berkongsi maklumat dengan orang ramai.
Saya perlu tegaskan di sini bahawa bahan-bahan yang terdapat di laman ini tidak bermaksud memperkecilkan atau menghina mana-mana agama. Apa yang dikemukakan adalah kajian ilmiah yang telah dijalankan secara objektif. Terpulanglah kapada anda untuk menilai maklumat yang diberikan dan membuat keputusan sama ada mahu menerima atau menolaknya.