Download Gratis !

di Sini

 

 
   
   
   
   
   
   
   
     

 

Mukjizat Statistik Di Dalam Al-Qur'an

KEPUTUSAN-keputusan kajian saintifik ke atas Al-Qur'an pada zaman sains dan teknologi telah membuktikan kesahihan firman Allah di dalam kitab suci di mana Dia berfirman:

"Katakanlah: "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al-Qur'an ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekali pun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain"
(Al-Qur'an, 17: 88)
Ini adalah sebahagian daripada penemuan hasil kajian yang dijalankan oleh seorang ahli sains Islam baru-baru ini.

Dr. Tariq Al-Suwaidan, seorang sarjana dan ahli Ikhwan-ul-Muslimin yang dikenali, Islamic Gateway dan ummah.net telah menjalankan kajian ke atas kandungan Qur'an.

Kajian ini adalah berdasarkan data statistik ke atas perkataan-perkataan tertentu yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Keputusannya diumumkan melalui Internet dan terdapat di beberapa laman web.

Keputusan kajian ini adalah data statistik yang menarik dan menakjubkan, bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada bukan Islam, tetapi terutamanya kepada sarjana-sarjana sains dan pakar-pakar statistik.

Ia membuktikan bahawa Kitab Suci ini benar-benar mukjizat dari Allah Yang Maha Berkuasa dan tidak dapat dicipta oleh akal manusia. Keputusan kajian adalah seperti berikut:

Perkataan Makna Bilangan di dalam Qur'an
Al-Dunya
Dunia
115
Al-Akhira
Akhirat
115
Al-Malaikah
Malaikat
88
Al-Shayateen
Syaitan
88
Al-Hayat
Hidup
145
Al-Maut
Kematian
145
Al-Rajul
Lelaki
24
Al-Marha
Perempuan
24
Al-Shahar
Bulan
12
Al-Yaom
Hari
365
Al-Bahar
Laut
32
Al-Bar
Darat
13

Dengan mencampurkan bilangan perkataan "laut" dan "darat", hasilnya adalah 45. Pengiraan mudah berikut menunjukkan:

  • 32/45 X 100% = 71.11111111 %
  • 13/45 X 100% = 28.88888888 %
Seperti yang sekarang ini diketahui, ini adalah peratus air (laut) dan daratan di bumi. Satu lagi mukjizat di dalam Qur'an.

Ahli sains Islam dan bukan Islam telah melakukan banyak penemuan saintifik di dalam kitab suci Al-Qur'an dalam bidang perubatan, geografi, geologi, biologi, heroneutikal dan lain-lain. Penemuan-penemuan ini dilihat sebagai sumber penting yang merupakan akar kepada sains moden. Berdasarkan fakta-fakta saintifik ini, ramai yang telah memeluk Islam kerana ia adalah fakta yang tidak dapat dipertikaikan.

Pembaca diminta menghantar komen mereka mengenai penemuan di atas kepada:

The Message,
Saudi Gazette, P.O. Box : 5576, Jeddah 21432, Saudi Arabia
Tel: 00966 2 6722775 X 266, Fax: 00966 2 6727621
(Sumber: Saudi Gazette Daily, 15/05/00)


| Laman Utama | Wanita | Apa Kata Jesus | Injil & Kristian | Hindu | Sumber Asal | Pelbagai |

1