|
ANCAMAN DAN KONSPIRASI BARAT TERHADAP DUNIA ISLAMOleh:Ann Wan Seng Abdullah, Bekas Pensyarah Jabatan Sosiologi, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya. Sarjana Muda & Sarjana : Antropologi & Sosiologi, U.M. Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam satu majlis di Surau Muhibbah (JPJ) Setapak pada 23 Zulkaedah 1422 (Rabu) bersamaan 6 Februari 2002. 1.0: PENGENALANSejarah tidak pernah membohongi manusia tetapi manusia boleh membohongi dan memutar-belitkan sejarah. Hakikat inilah yang telah berlaku kepada dunia hari ini apabila kebanyakan daripada peristiwa yang terjadi di dunia telah ditulis menurut kaca mata orientalis dan barat. Mereka dengan sewenang-wenangnya memberikan pelbagai label terhadap golongan yang tidak disenanginya tanpa memaparkan fakta sebenar. Inilah yang telah berlaku dan dilakukan oleh barat terhadap dunia Islam dengan mengidentifikasikan umat Islam sebagai golongan yang memiliki peradaban yang rendah, pelampau dan terbabit dalam kegiatan yang bercorak militan lagi ganas.Malahan kalau kita mengkaji sejarah manusia sejak abad 18 maka kita akan mendapati bahawa kebanyakan daripada peristiwa dan kejadian yang berlaku adalah disebabkan oleh suatu rancangan sulit yang diatur oleh pihak tertentu. Presiden Rooservert pernah berkata bahawa dalam politik tidak ada yang berlaku secara kebetulan melainkan ianya telah dirancang untuk menjadi sedemikian. Mangsa biasanya tidak mengetahui rancangan tersebut kerana ia dibuat secara sulit, rahsia dan penuh misteri seolah-olah pakatan itu tidak wujud sama sekali. Terdapat empat cara bagaimana konspirasi itu terdedah. Pertama, individu-individu terlibat dalam pakatan itu meninggal dunia dan dokumen penting yang penting dijumpai di sisi mereka. Kedua, mereka yang terlibat kemudiannya sedar lantas mendedahkannya kepada pengetahuan orang ramai. Ketiga, melalui penyelidikan yang dilakukan oleh para sarjana. Keempat, individu yang terlibat dalam pakatan itu sendiri yang mendedahkannya kerana merasa bangga dengan kejayaan rancangan yang dilakukannya. 1.1: SIAPAKAH KONSPIRATOR BARAT?Konspirasi untuk menguasai dunia dan menghancurkan umat Islam telah diasaskan oleh Adam Weishaupt di Jerman pada 1 Mei 1776. Gerakan sulit itu dikenali sebagai "Illuminati" yang merupakan sebuah pertubuhan mistik cult yang menggunakan apa sahaja cara untuk memusnahkan semua kerajaan dan agama. Menurut Ralph Epperson dalam bukunya "The Unseen Hand", pakatan itu sangat besar, berjaya dan berkuasa. Pakatan itu bekerja untuk menguasai dunia dengan cara menggunakan peperangan, inflasi, kemerosotan ekonomi dan revolusi untuk mencapai matlamat mereka. Tujuannya ialah untuk menghapuskan semua agama, semua kerajaan yang sah dan semua institusi tradisi serta menggantikannya dengan "Satu Orde Baru atas kemusnahan agama dan kedaulatan negara-negara lain".1.2: RANCANGAN BARAT UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM.1.2.1: Melenyapkan sistem pemerintahan IslamSejak abad ke 16, Turki telah kuasa besar dunia. Empayar Islam Turki menjangkaui sebahagian besar benua Eroprah, Afrika dan Asia Barat. Sistem pemerintahan khalifah Turki amat digeruni oleh pihak barat. Negara-negara barat telah mengadakan perjanjian suci untuk membendung pengaruh dan menghapuskan kekuasaan Turki. Beberapa siri peperangan telah dilancarkan oleh negara-negara barat untuk melemahkan kedudukan pemerintahan Islam di Turki. Ini dilakukan dengan menjajah dan menduduki wilayah Islam yang berada di bawah kekuasaan Turki. Perancis bukan sahaja menduduki al-Jazair, Tunisia dan Morocco tetapi juga telah diberikan kebenaran oleh barat untuk menguasai Lebonan. Proses pecah dan perintah yang diamalkan oleh barat ternyata telah berjaya melemahkan Turki dan negara Islam yang lain di samping menaja pelbagai gerakan yang berbentuk sekular untuk menggantikan pemerintahan yang berbentuk Islam. 1.2.2: Menghapuskan Al-Quran Bekas Setiausaha Tanah Jajahan Britain, William Gladstone pernah menyatakan bahawa selagi al-Quran wujud, selama itu orang barat tidak dapat menguasai dunia Islam dan benua Eropah tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bekas Gabenor Perancis di Arab sewaktu berucap pada ulang tahun ke seratus penjajahan Perancis di negara itu telah menyatakan bahawa barat mesti melenyapkan al-Quran berbahasa Arab dan membuang bahasa Arab dari lidah umat Islam kalau mahu menguasai mereka. Seorang pemimpin barat lain, Willan Geford menyatakan bila al-Quran dan bandar Mekah sudah lenyap dari Negara Arab, pada ketika itulah kita akan melihat orang Arab menuju kepada kebudayaan barat dan menjauhi diri dari ajaran Muhammad dan kitabnya. 1.2.3: Hancurkan Akhlak Umat Islam Antara pendekatan yang digunakan oleh pihak barat untuk menghancurkan akhlak umat Islam selain mengeskport pelbagai budaya cabul ke negara-negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam ialah menganjurkan pembinaan sekolah-sekolah yang bercorak barat. Dengan kata lain, sistem pendidikan Islam perlu dihapus dan digantikan dengan sistem pendidikan yang berbentuk sekular. Gerakan pembaratan dilaungkan secara bersistmatik untuk memerangi segala nilai yang dianuti oleh umat Islam. 1.2.4: Memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Salah satu cara untuk memusnahkan perpaduan umat Islam ialah dengan menaja berbagai-bagai ideologi dan fahaman yang bercorak perkauman, kepuakan serta kebangsaan berdasarkan kepada sentimen yang sempit. Ini dilakukan dengan menjadikan manusia sebagai pusat dan objek pemujaan di mana penguasaan sains dapat mengatasi kekuasaan Tuhan. 1.2.5: Melemahkan Bangsa Arab Seorang penulis barat pernah menyatakan bahawa kekuatan Arab adalah kekuatan Islam. Jadi, dengan menghancurkan orang Arab maka ia memudahkan proses penghancuran Islam. Inilah yang sedang dilakukan oleh barat terhadap negara-negara Arab yang terletak di Timur Tengah. Negara-negara Islam di rantau tersebut sengaja dilaga-lagakan dan dibiarkan terus bergolak untuk memudahkan pihak barat campur tangan serta melakukan penjajahan secara tidak langsung ke atas Asia Barat. Justeru itu, mereka tidak mengambil sebarang langkah yang serius untuk menyelesai dan menangani isu Palestin yang sudah berlarutan lebih daripada setengah abad. Sebaliknya umat Islam terus dipersalahkan di atas pergolakan yang berlaku itu. 1.2.6: Mendirikan negara diktator dan pemerintahan totalitarian Seorang orientalis barat Amerika yang bernama W.K Smith sewaktu mengulas keadaan poltik di Pakistan telah menyatakan bahawa kalau umat Islam merdeka penuh dalam dunia Islam dan dibiarkan hidup di bawah naungan demokrasi, mereka tentunya akan berkuasa di negara-negara itu. Tetapi dengan melaksanakan sistem kediktatoran maka ia dapat menyekat penguasaan umat Islam dan agamanya. Sebab itulah beberapa seruan telah dibuat supaya pihak Amerika Syarikat membantu mendirikan negara-negara Islam di bawah kekuasaan junta tentera bagi menyekat perkembangan dakwah Islamiah. 1.2.7 Biarkan Umat Islam Mundur dan Bergantung Kepada Barat Seorang pemimpin Perancis pernah menyatakan bahawa barat akan memberikan kepada dunia Islam apa yang dikehendakinya dan memastikan mereka tidak dapat membangun. Kalau barat gagal dalam misi tersebut, iaitu mengekalkan umat Islam dalam kemunduran dan kejahilan maka sudah tentu barat akan menghadapi bahaya berhadapan dengan kekuatan Islam. Sekaligus dominasi barat di dunia ini akan berakhir. Jadi, umat Islam perlu ditindas dan dibiarkan hidup dalam keadaan yang mundur serta tidak mampu berdikari. 1.2.8: Singkirkan Tokoh-Tokoh Islam dan Hapuskan Gerakannya Barat bukan sekadar bimbang tentang kemunculan gerakan Islam tetapi berusaha untuk menghapuskannya. Seorang orientalis barat pernah menulis dalam akhbar London Times keluaran 1968 bahawa apabila seorang pemimpin berkelayakan dan mahir bercakap tentang Islam, maka agama itu akan muncul sebagai satu kekuatan politik terbesar di dunia ini sekali lagi. Bertolak daripada kebimbangan ini maka barat telah menyalurkan segala kekuatannya untuk menghancurkan gerakan-gerakan Islam dengan membunuh para pemimpinnya. British umpamanya telah memainkan peranan penting di dalam menghapuskan pemimpim dan pengaruh gerakan Islam yang dipimpin oleh Sheikh Muhammad Abdul Wahab di Semenanjung Arab, Gerakan Shehu Uthman dan Fodio di Nigeria serta Gerakan Mahdi di Sudan. 1.3: KesimpulanSesungguhnya apa yang dipaparkan itu hanya merupakan sebahagian daripada komplot dan konspirasi yang dilakukan oleh barat untuk memusnahkan kekuatan Islam. Konspirasi yang telah berjalan ratusan tahun itu sebenarnya berlaku dalam seluruh ruang kehidupan umat Islam. Namun ramai yang tidak menyedarinya. Sebaliknya sama ada disedari ataupun tidak telah menjadi penyokong, pendokong dan penggerak kepada konspirasi tersebut. Umat Islam perlu sedar dan didedahkan dengan konspirasi tersebut supaya mereka tidak terus-menerus menjadi alat dan diperalatkan oleh para konspirator ini di dalam usaha mereka untuk menguasai dunia. Hanya Islam yang boleh menghalang dan mengagalkan rancangan mereka yang jahat itu.
|
|