|
Transkrip PerbahasanADAKAH KRISTUS DISALIB?Perbahasan ini berlangsung pada bulan Ogos, 1981 di Durban, Afrika SelatanPembahas: Josh McDowell lwn. Ahmed Deedat Penterjemah: Huda Abdul Rahim HUJAH PEMBUKAAhmed DeedatTuan Pengerusi, tuan-tuan dan puan-puan. Mungkinkah seseorang lebih jelas, lebih dogmatik, lebih tidak bertolak-ansur, dalam menyatakan kepercayaan ini? Satu-satunya orang yang berhak mengatakannya adalah Tuhan yang Maha Mengetahui, Tuhan seluruh alam. Umat Islam percaya bahawa kenyataan ini adalah Wahyu Tuhan yang sah. Dan oleh itu, beliau tidak mempersoalkannya, dan tidak meminta sebarang bukti. Beliau berkata, "Ini adalah wahyu Tuhanku; Aku percaya dan aku mengiyakannya.". Sebaliknya, umat Kristian berpendirian seperti tetamu kehormat kita. Di dalam bukunya, "Answers to Tough Questions" pada muka surat 116 dan 117, Josh McDowell dan Don Stewart menyatakan sikap penganut Kristian terhadap pendirian tegas umat Islam. Katanya, "Masalah utama dengan menerima cerita Muhammad adalah kesaksiannya adalah 600 tahun selepas peristiwa itu berlaku sedangkan Perjanjian Baru adalah saksi mata, atau keterangan pihak pertama mengenai kehidupan dan dakwah Jesus Kristus". Ringkasnya, penganut-penganut Kristian bertanya bagaimana mungkin seorang lelaki yang berada ribuan batu dari tempat berlakunya penyaliban, dan hidup 600 tahun kemudian tahu apa yang berlaku di Jurusalam? Jawapan umat Islam adalah ini adalah wahyu Tuhan Yang Maha Perkasa. Dan dengan itu, Tuhan tahu apa yang telah berlaku. Penganut-penganut Kristian menjawab, jika mereka menerima kitab Al-Qur'an sebagai Wahyu Tuhan, maka tiadalah percanggahan antara kita. Kita semua akan menjadi umat Islam. Kita mempunyai saksi mata dan saksi telinga ke atas apa yang berlaku yang diceritakan kepada kita dalam Bible yang suci, terutamanya dalam gospel Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Implikasi penyaliban adalah: Jesus Kristus dikatakan telah dibunuh oleh bangsa Yahudi yang menyalibnya 2,000 tahun lalu. Oleh itu, bangsa Yahudi bersalah atas pembunuhan Jesus Kristus. Kami, umat Islam, percaya bahawa mereka tidak bersalah kerana Kristus tidak dibunuh, juga tidak disalib. Oleh itu, saya diberi [mandat] oleh Al-Qur'an yang suci untuk mempertahankan bangsa Yahudi daripada tuduhan Kristian. Pada petang ini, saya akan mempertahankan bangsa Yahudi bukan kerana mereka sepupu saya, tetapi kerana keadilan mesti dilaksanakan. Kami memang mempunyai percanggahan pendapat dengan bangsa Yahudi, tetapi itu soal lain. Petang ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk berlaku adil kepada sepupu saya, bangsa Yahudi. Dalam perbahasan ini, dalam dialog ini, saya akan bertindak sebagai peguam pembela bagi bangsa Yahudi dan Josh McDowell akan bertindak sebagai pendakwa raya. Dan anda, tuan-tuan dan puan-puan, akan menjadi juri. Saya mahu anda duduk dengan selesa dan di akhir perbahasan memberikan keputusan anda menurut kata hati anda sama ada bangsa Yahudi bersalah atau tidak seperti yang dituduh oleh Kristian. Sebagai peguam bela kaum Yahudi, saya boleh meminta kes ini dibuang dalam hanya dua minit - di mana-mana mahkamah, di mana-mana negara yang bertamadun di dunia, hanya dengan meminta daripada pendakwa raya keterangan saksi-saksi berikut, Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Dan bila keterangan mereka dikemukakan, dalam bentuk afidavit bersumpah, seperti mana yang kita dapati di dalam gospel, saya boleh katakan yang keterangan mereka tidak disanggah. Dan buktinya anda boleh dapati daripada mana-mana Bible Versi King James yang sah, dan anda akan dapati setiap afidavit bermula dengan: "Gospel menurut St. Matius, Gospel menurut St. Markus, Gospel menurut St. Lukas, Gospel menurut St. Yohanes". Saya bertanya anda, para juri, apakah maksud "menurut... menurut... menurut..."? Adakah anda tahu maksudnya? Ia bermakna bahawa keterangan Matius, Markus, Lukas dan Yohanes tidak menurunkan tandatangan. Diandaikan bahawa itu adalah hasil kerja mereka. Dan oleh itu, di mana-mana mahkamah di mana-mana negara bertamadun, ia akan dibuang dalam masa dua minit. Bukan itu sahaja, saya boleh meminta kes ini dibuang DUA KALI dalam masa dua minit di mana-mana mahkamah di mana-mana negara bertamadun. Saya katakan dua kali kerana Gospel St Markus, Bab 14, ayat 50, memaklumkan kita bahawa pada saat paling genting dalam hidup Jesus, semua murid-muridnya meninggalkannya dan lari. Jika mereka tiada di situ, maka keterangan mereka yang bukan saksi atas apa yang berlaku akan ditolak oleh mahkamah. Saya katakan, dua kali dalam masa dua minit, dalam masa 120 saat sahaja, kes ini selesai. Di sebarang mahkamah, di sebarang negara bertamadun di dunia. Tetapi seronokkah jika begitu? Anda datang dari jauh, meredah hujan, dan sekarang saya katakan kes ditutup dan pulanglah? Di mana keseronokannya? Untuk menghiburkan anda, saya akan menerima dokumen-dokumen ini sebagai sah, demi untuk dialog ini dan kita akan letakkan saksi-saksi di kandang saksi untuk disoal siasat. Dan saya mahu anda tentukan apakah kebenarannya. Saksi pertama yang akan saya panggil adalah St. Lukas yang digambarkan oleh autoriti Kristian sebagai salah seorang ahli sejarah yang agung. Sebagai buku sejarah, Gospel St. Lukas adalah unik. Kita Lihat St. Lukas, Bab 24, ayat 36. Saya akan beritahu anda apa katanya - apa yang ditulis dalam hitam putih. Dia memberitahu kita bahawa pada petang Ahad, hari pertama dalam seminggu, Jesus Kristus berjalan ke bilik atas di mana beliau berada untuk Jamuan Terakhir bersama murid-muridnya. Ini adalah tiga hari selepas apa yang dipercayai adalah penyalibannya. Beliau masuk, dan menyapa murid-muridnya, "Sejahteralah kamu". Dan apabila beliau berkata, "Sejahteralah kamu", murid-muridnya ketakutan. Benarkah? Saya ingin bertanyanya, mengapakah murid-murid ketakutan? Kerana pabila seseorang menemui gurunya yang telah lama tidak ditemui, datuknya, gurunya, Rabainya - kita, orang Timur, akan berpelukan dan mencium satu sama lain. Mengapakah murid-muridnya ketakutan? Lukas memberitahu kita bahawa mereka ketakutan kerana mereka menyangka beliau adalah hantu. Saya hanya memetik apa yang dikatakannya dan anda boleh mengesahkannya menggunakan Bible anda di rumah. Mereka ketakutan; ketakutan kerana mereka menyangka beliau adalah hantu. Saya bertanya Lukas, adalah beliau kelihatan seperti hantu? Tidak, jawabnya. Berulang kali saya bertanya soalan ini kepada penganut-penganut Kristian dari berbagai gereja dan mazhab: gurumu ini, adakah beliau kelihatan seperti hantu? Dan mereka menjawab, tidak. Kemudian saya berkata, jadi mengapa mereka menyangka beliau adalah hantu sedangkan beliau tidak kelihatan seperti hantu? Dan mereka kelihatan keliru - melainkan Josh dapat menerangkannya. Setiap Kristian keliru. Mengapakah mereka menyangka beliau adalah hantu sedangkan beliau tidak kelihatan seperti hantu? Saya akan beritahu anda kenapa. Sebabnya adalah murid-murid Jesus telah mendengar cakap bahawa Guru mereka telah digantung di batang salib. Mereka mendengar mendengar cakap bahawa beliau telah melepaskan rohnya. Dengan kata lain, rohnya telah keluar: beliau telah wafat. Mereka mendengar cakap bahawa beliau telah wafat dan telah dikebumikan selama tiga hari. Segala apa yang mereka tahu adalah daripada dengar cakap kerana seperti yang saya katakan tadi (Markus, Bab 14, Ayat 50), seorang lagi saksi anda telah berkata bahawa pada saat paling genting dalam hidup Jesus, semua murid-muridnya meninggalkannya dan lari. Semuanya!! Mereka tiada di sana. Maka, segala apa diketahui adalah dengar cakap, dan anda kemudiannya bertemu dengan orang yang anda dengar telah wafat selama tiga hari. Anda mengandaikan beliau sedang reput di dalam kuburnya. Bila anda nampak orang ini, sudah tentu anda ketakutan. Maka Jesus mahu meyakinkan mereka bahawa beliau bukan apa yang mereka sangkakan. Mereka sangka beliau kembali daripada kematian. Mereka menyangka beliau dibangkitkan semula, adalah hantu, maka beliau berkata - dan saya hanya memetik apa yang Lukas katakan - beliau berkata: "Lihatlah tanganku dan kakiku". Lihatlah tanganku dan kakiku, iaitu lihatlah aku, diriku. Aku masih orang yang sama. Apa kena kamu semua? Mengapa kamu ketakutan? Beliau berkata, "Lihatlah tanganku dan kakiku: Aku sendirilah ini; rabalah aku dan lihatlah, kerana hantu tidak ada daging dan tulangnya, seperti yang kamu lihat ada padaku." Hantu. Hantu, mana-mana hantu, tiada tulang dan daging seperti saya. Jadi, jika saya ada tulang dan daging, saya bukan hantu: Saya bukan hantu. Saya bertanya seorang lelaki Inggeris yang bertutur Bahasa Inggeris sebagai bahasa ibundanya - oleh kerana saya ada tulang dan daging, maka saya bukan hantu; saya bukan hantu. Adakah ini maksudnya dalam bahasa kamu? Saya tanya orang berbangsa Afrika, jika seseorang berkata begitu kepada kamu, bukankah itu bermakna beliau bukan apa yang kamu sangkakan? Iaitu beliau bukan hantu, bukan roh. Dan semuanya menjawab "ya". Jika seseorang memberitahu kamu yang hantu tiada tulang dan daging, bermakna ia tiada tulang dan daging. Seperti yang kamu lihat, saya ada tulang dan daging, maka saya bukan apa yang kamu sangkakan. Kamu sangka saya telah mati dan telah kembali dari kematian, bahawa saya telah dibangkitkan kembali. Jika hantu tiada tulang dan daging, dengan kata lain, beliau memberitahu kamu yang jasad yang kamu nampak bukan jasad yang telah berubah. Bukan jasad yang dibangkitkan semula. Kerana jasad yang dibangkitkan semula menjadi roh. Kata siapa? Autoriti saya adalah Jesus. Kamu berkata, "Di mana?". Saya berkata Lukas, lihat bab 20 ayat 36. Apa katanya? Kaum Yahudi menemuinya dan mengemukakan teka-teki; mereka selalu bertanya kepadanya, "Guru, patutkah kami menghormati kaisar? Guru, wanita ini kamu temuinya sedang berlaku sumbang. Apa patut kami lakukan, Guru...". Berulang-kali. Kini mereka datang menemuinya dan bertanya, "Guru", Rabai dalam bahasa Ibrani, "Guru, terdapat seorang wanita di kalangan kami, dan menurut adat Yahudi, wanita ini mempunyai tujuh orang suami". Menurut adat Yahudi, jika seorang lelaki meninggal dunia dan tidak meninggalkan zuriat, maka saudara lelakinya harus memperisterikan balunya. Jika beliau juga meninggal dunia, saudara lelaki yang seterusnya harus memperisterikan balunya, dan seterusnya sehinggalah saudara lelaki yang ketujuh. Tujuh saudara lelaki telah memperisterikannya, tetapi ini bukan suatu masalah di dunia kerana mereka memperisterikannya berturut-turut. Mereka mahu tahu daripada Jesus, semasa kebangkitan semula, di akhirat, suami yang manakah akan memilikinya. Dengan kata lain, akan tercetus perbalahan di syurga kerana mereka percaya yang mereka yang dibangkitkan semula serentak. Dan setiap saudara lelaki bangkit pada masa yang sama, nampak wanita ini, dan setiap mereka akan berkata, "Isteriku! Isteriku!", dan akan berlaku perbalahan di syurga antara mereka disebabkan wanita yang seorang ini. Maka mereka mahu tahu daripada Jesus siapakah antara saudara lelaki ini akan mendampingi wanita tersebut. Lukas, Bab 20, Ayat 36. Semaklah. Untuk menjawab soalan tersebut, Jesus berkata bahawa lelaki dan wanita yang dibangkitkan "mereka tidak akan mati lagi". Dengan kata lain, "Setelah dibangkitkan semula, mereka menjadi kekal abadi". Ini adalah jasad yang tidak abadi. Jasad yang memerlukan makanan, perlindungan, pakaian, seks dan rehat. Tanpa semua ini, manusia akan pupus. Jasad yang dibangkitkan semula adalah jasad yang abadi. Jasad yang abadi tidak memerlukan makanan, perlindungan, pakaian, seks dan rehat. Beliau berkata yang mereka tidak akan mati lagi. Kerana mereka seperti malaikat. Dengan kata lain, mereka menjadi seperti malaikat. Mereka menjadi roh! Kerana mereka seperti malaikat dan anak-anak Tuhan. Demikianlah mereka yang dibangkitkan semula - mereka adalah roh! Beliau berkata, "Roh tiada tulang dan daging, seperti aku". Dengan kata lain, "Aku tidak dibangkitkan semula". Dan mereka Dan ketika mereka belum percaya kerana girangnya dan masih hairan - juga Lukas 24. Apa yang berlaku selepas itu? Mereka sangka beliau telah wafat, sedang reput di dalam kuburnya. Dan ketika mereka belum percaya kerana girangnya dan masih hairan - dan mereka tertanya-tanya apa yang berlaku. Maka beliau berkata, "Adakah kamu ada sedikit daging - sesuatu untuk dimakan?". Lalu mereka memberikannya sekeping roti dan beliau mengambilnya dan memakannya di hadapan mereka. Untuk membuktikan apa? Saya bertanya anda, tuan-tuan dan puan-puan, para juri, apa yang beliau cuba tunjukkan? Apa? "Aku adalah orang yang sama, seorang lelaki; bukan apa yang kamu sangkakan, Aku tidak kembali daripada mati". Ini adalah pada petang Ahad selepas penyaliban dipercayai berlaku. Kita patah balik. Apa berlaku pada pagi tersebut? Saksi anda, Yohanes, Bab 20, ayat 1 memberitahu kita bahawa pada pagi Ahad, hari pertama dalam seminggu, Mary Magdelena pergi ke makam Jesus. Saya bertanya Yohanes, mengapa beliau pergi ke sana? Atau, mari kita letakkan seorang saksi lain dalam kandang saksi, Markus, bab16, ayat 1. Markus, beritahu kami mengapa Mary pergi ke sana? Dan Markus memberitahu kita, "Beliau pergi untuk mengurapnya". Perkataan Ibrani untuk urap adalah 'massahah' yang kita perolehi daripada perkataan 'messiah' bahasa Ibrani, atau 'masih' dalam bahasa Arab. Perkataan akar dalam bahasa Arab dan Ibrani adalah sama. Massahah bermakna urap. Saya bertanya, adakah kaum Yahudi mengurap jenazah selepas tiga hari. Jawapannya adalah tidak. Saya bertanya kepada orang Kristian, adalah kamu urap jenazah selepas tiga hari? Jawapannya adalah tidak. Kami, umat Islam adalah yang paling hampir dengan bangsa Yahudi dalam adat-adat kami. Adakah umat Islam urap jenazah selepas tiga hari? Jawapannya adalah tidak. Dalam masa tiga jam, kekejuran bermula, sel-sel menjadi keras, pereputan dan fermentasi dalaman bermula. Dalam masa tiga hari, jenazah sudah reput di bahagian dalam. Jenazah yang telah reput ini akan berderai bila diurap. Mengapa pula Mary Magdelena mahu pergi mengurap maya yang telah reput, melainkan jika beliau mahu menemui orang yang masih hidup. Menurut saksi anda, berdasarkan bacaan, beliau mestilah telah nampak tanda-tanda yang jasad masih hidup ketika diturunkan dari salib. Semua murid-murid lain telah meninggalkannya dan lari. Mereka tiada di sana. Maka jika wanita ini telah melihat tanda-tanda yang beliau masih hidup, beliau tidak mungkin akan memekik, "Lihat, dia masih hidup! Dia masih hidup!", yang mana ini sudah memastikan beliau dibunuh. Tiga hari kemudian, beliau pergi ke makam untuk mengurapnya. Apabila beliau tiba di makam, beliau mendapati batu telah dialih. Kain kapan masih ada di situ. Beliau mulai menangis. Saya bertanya, mengapa batu telah dialih dan mengapa kain kapan telah dibuka kerana jasad yang dibangkitkan semula tidak perlu mengalih batu untuk keluar? Bagi jasad yang dibangkitkan semula, anda tidak perlu membuka kain kapan, tetapi ia perlu dilakukan untuk jasad fizikal. Ini adalah jasad yang tidak abadi. Kerana seorang penyair berkata, "Tembok batu penjara dan palang besi bukan sangkar". Bagi roh, ini bukan masalah. Palang besi dan tembok. Menurut Kitab, Jesus Kristus memerhatikannya dari suatu tempat, bukan dari syurga, tetapi di dunia ini. Jika kamu ingat, makam ini berada di atas tanah persendirian Yusuf dari Arimathea. Murid yang kaya dan berpengaruh ini telah mengukir sebuah bilik yang besar daripada batu. Di sekeliling bilik tersebut adalah kebun sayurnya. Tidak mungkinlah si Yahudi ini begitu murah hati sehingga beliau menanam sayur lima batu di luar bandar untuk makanan kambing dan biri-biri orang lain. Jesus berada di situ dan beliau memerhatikan wanita ini. Jesus mengenalinya dan tahu mengapa beliau berada di situ. Dan beliau menghampirinya. Beliau mendapatinya sedang menangis. Jadi beliau berkata, "Wahai perempuan, mengapa kamu menangis? Siapa yang kamu cari?". Saya bertanya, adakah beliau tidak tahu? Mengapa beliau bertanya soalan remeh ini? Kerana ia bukan soalan remeh. Beliau bergurau. Beliau menyangka Jesus adalah tukang kebun. Saya bertanya, mengapa beliau menyangka Jesus adalah tukang kebun? Adakah jasad yang dibangkitkan semula kelihatan seperti tukang kebun? Mengapa beliau menyangka Jesus adalah tukang kebun? Kerana beliau menyamar sebagai tukang kebun. Mengapa beliau menyamar sebagai tukang kebun? Kerana beliau takutkan orang Yahudi. Mengapa beliau takutkan orang Yahudi? Kerana beliau tidak mati. Beliau tidak menakluki kematian. Jika beliau telah meninggal dunia, dan telah menakluki kematian, beliau tidak perlu takut lagi. Mengapa? Kerana jasad yang dibangkitkan semula tidak boleh mati buat kali kedua. Menurut siapa? Bible. Apa kata Bible? Ia mengatakan yang kematian adalah wajib ke atas semua manusia. Mati sekali, dan selepas itu adalah hari pengadilan. Kamu tidak boleh mati dua kali. Maka jika beliau telah menakluki kematian, tidak perlu rasa takut. Beliau takut kerana beliau tidak mati. Maka Mary yang menyangka beliau adalah tukang kebun berkata, "Tuan, jika tuan telah mengambilnya, beritahulah saya di mana tuan telah membawanya.". Untuk berehat, untuk sembuh, bukan di mana ditanam. "Supaya saya boleh membawanya pergi". Saya seorang - seorang wanita Yahudi yang lemah. Bayangkan beliau mengangkat jenazah seberat 160 paun, bukannya 200 pound seperti saya. Seorang pemuda tukang kayu - beratnya sekurang-kurangnya 160 pound. Dan 100 pound lagi berat ubat-ubatan yang ditanam bersamanya, menurut Yohanes, bab 19 ayat 9. Ini menjadikannya 260 pound. Bolehkah anda bayangkan seorang wanita Yahudi yang kecil mengangkat jenazah seberat 260 pound, seperti super woman dalam komik Amerika? Dan membawanya ke mana? Membawanya pulang? Letakkannya di bawah katil - apa yang beliau mahu lakukan kepadanya? Menjeruknya? Apa yang beliau mahu lakukan kepada jenazah yang reput? Ini soalan saya. Maka Jesus berkata, "Mary...". Cara beliau berkata, "Mary", membuatkan beliau mengecam Jesus. Dan beliau mahu menyentuhnya. Saya bertanya, untuk apa? Sebagai tanda hormat. Orang Timur berbuat demikian. Beliau mahu menyentuhnya. Maka Jesus berkata, "Jangan sentuh aku". Mengapa? Adakah beliau seperti elektrik yang akan memberikannya kejutan jika disentuh? Mengapa tidak? Kerana sentuhan itu menyakitkan. Anda memberikan sebab lain mengapa tidak, "Jangan sentuh aku kerana aku belum naik kepada Bapaku". Adakah Mary buta? Apakah beliau tidak nampak lelaki yang berdiri di sisinya? Apakah maksud beliau "Aku belum naik" sedangkan beliau ada di situ. Beliau berkata, "Jangan sentuh aku kerana aku belum naik kepada Bapaku" dalam bahasa orang Yahudi adalah perumpamaan. Beliau berkata, "Aku belum mati". Masalah: siapa yang mengalih batu? Bagaimana Mary sampai kepadanya; siapa mengalih batu? Dan orang Kristian menulis buku demi buku. Salah seorang yang telah menulis adalah Frank Morrison, seorang peguam. Beliau menulis buku setebal 192 muka surat dan memberikan enam hipotesis. Setelah anda selesai membaca 192 muka surat, anda masih tidak menemui jawapannya. Siapa mengalih batu? Dan mereka menulis buku demi buku - siapa mengalih batu? Saya tidak faham mengapa anda tidak nampak sesuatu yang begitu jelas. Mengapa anda tidak membaca gospel: jawapannya dalam hitam putih dalam Gospel yang tertulis dalam bahasa ibunda anda. Inilah anomali anda yang membaca kitab dalam bahasa ibunda sendiri. Orang Inggeris membaca dalam B. Inggeris, orang Afrika membaca dalam B. Afrika dan orang Zulu membaca dalam B. Zulu. Setiap kumpulan bahasa mempunyai kitab dalam bahasa masing-masing. Dan setiap mereka memahami sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dibaca. Sesuatu yang amat bertentangan. Bukan sekadar salah faham. Saya mahu anda membuktikan saya salah. Saya akan beritahu anda... saya akan petik perkataan demi perkataan seperti mana yang diucapkan oleh saksi-saksi anda. Dipelihara untuk kita dalam hitam putih. Saya tidak menyandarkan sebarang motif kepadanya. Saya tidak mengatakan mereka saksi yang tidak jujur. Baca kitab anda sekali lagi. Buang semua tirai dan baca sekali lagi. Dan beritahu saya di mana saya tidak faham bahasa anda. Sama ada kamu berbangsa Inggeris, atau Afrika, atau Zulu, jika pada penghujung perbahasan ini anda berpendapat yang tetamu kehormat kita tidak membincangkan tajuk ini dengan baik, jumpa saya jika di hujung perbahasan ini, dan saya akan ke mana saja untuk membincangkannya dengan lebih lanjut. Saya bersedia untuk pergi. Siapa yang mengalih batu, tanya saya. Mudah sahaja - 20 orang lelaki diperlukan. Ia begitu besar sehingga perlukan seorang superman dari Amerika untuk mengalihnya. 1.5 tan. Bacalah Markus dan Matius yang memberitahu anda bahawa Yusuf dari Amarithea telah meletakkan batu tersebut seorang diri. Seorang lelaki sahaja. Seorang lelaki! Jika seorang lelaki meletakkannya, mengapa dua orang tidak boleh mengalihnya? Anda tahu bahawa semua yang berlaku ini telah diramalkan. Ia telah ditetapkan. Dan cerita yang berlaku selepas itu - Jesus Kristus telah memberi petunjuk yang jelas mengenai apa yang akan berlaku. Dan itu juga dipelihara dalam hitam putih dalam keterangan Gospel St. Matius, seorang lagi saksi anda, bab 12, ayat 38, 39 dan 40. Kaum Yahudi sekali lagi menemui Jesus, dengan permintaan baru. Kini mereka berkata, "Guru, kami inginkan tanda darimu". Kami mahu kamu menunjukkan mukjizat untuk meyakinkan kami bahawa kamulah Penyelamat yang kami nantikan. Sesuatu yang luar biasa, seperti berjalan di atas air, atau terbang di udara seperti burung. Lakukanlah sesuatu supaya kami yakin bahawa kamulah utusan Tuhan, Penyelamat yang kami nantikan. Maka Jesus pun menjawab. Katanya, "Angkatan yang jahat dan tidak setia ini menuntut suatu tanda. Tetapi kepada mereka tidak akan diberikan tanda selain tanda nabi Yunus. Sebab seperti Yunus tinggal di dalam perut ikan tiga hari tiga malam, demikian juga Anak Manusia akan tinggal di dalam rahim bumi tiga hari tiga malam." Satu-satunya tanda yang beliau bersedia berikan kepada mereka adalah tanda-tanda Yunus. Beliau telah mempertaruhkan segalanya ke atas tanda ini. Beliau tidak berkata, "Kau tahu aku telah menyembuhkan Bartimaeus yang buta. Kau tahu aku telah menyembuhkan wanita yang mengalami pendarahan bertahun-tahun lamanya. Beliau menyentuhku dan sembuh. Kau tahu yang aku memberi makan lima ribu orang dengan hanya beberapa keping ikan dan beberapa keping roti". Beliau tidak merujuk kepada semua itu. "Inilah satu-satunya tanda yang akan kuberikan kepadamu, tanda Yunus". Soalan saya: apakah tanda itu? Rujuklah buku Yunus. Saya membawakan buku Yunus untuk anda - satu laman dari Tuhan - ia hanyalah satu laman daripada seluruh Bible. Inilah buku Yunus. Empat bab yang pendek. Anda tidak akan mengambil masa dua minit untuk membacanya. Susah untuk menemui buku ini kerana daripada ribuan laman, sukar untuk menjumpai satu laman ini. Yunus diutus kepada kaum Niniwe. Tuhan Yang Maha Perkasa memerintahkannya, "Pergi ke Niniwe", sebuah bandar dengan 100,000 penduduk. Beliau perlu memberi amaran kepada mereka ; mereka mesti merendahkan diri di hadapan Tuhan. Yunus keberatan kerana mereka adalah kaum yang materialistik - yang pentingkan keduniaan. "Mereka tidak akan patuh padaku. Mereka akan mempermainkan apa yang aku sampaikan". Beliau tidak pergi ke Niniwe, sebaliknya ke Joppa. Inilah yang buku satu laman ini beritahu kita. Beliau pergi ke Joppa menaiki kapal - beliau mahu ke Tarshish. Anda tidak perlu ingat nama-nama ini. Dalam perjalanan, berlaku ribut. Dan menurut kaum yang percayakan tahayul ini, sesiapa yang melarikan diri daripada perintah tuannya, yang gagal menjalankan tanggungjawabnya, akan menyebabkan ribut di laut. Yunus sedar bahawa sebagai nabi Tuhan, beliau adalah tentera Tuhan. Dan sebagai tentera Tuhan, beliau tidak berhak berbuat sesuka hati. Maka beliau berkata, "Akulah yang bersalah. Tuhan Yang Maha Perkasa mahukan darahku. Dia mahu membunuhku, maka dengan itu Dia mahu menenggelamkan kapal ini dan kamu yang tidak berdosa akan turut mati. Lebih baiklah kamu campakkan aku ke laut kerana sebenarnya Tuhan mahukan darahku". Mereka berkata, "Tidak sama sekali. Kau adalah orang yang baik. Mungkin kau mahu membunuh diri. Kami tidak akan membenarkannya. Kami mempunyai sistem sendiri untuk menentukan apa yang benar dan apa yang salah", dan mereka menentukannya dengan membuang undi. Maka menurut sistem membuang undi ini, Yunus didapati orang yang bersalah. Maka mereka mencampaknya ke laut. Saya mahu tanya satu soalan. Semasa mereka membuangnya ke laut, adakah beliau hidup atau mati? Sebelum anda menjawab, saya mahu anda ingat bahawa Yunus menawarkan diri secara suka rela. Beliau berkata, "Campakkan saya". Apabila seseorang menawarkan diri, anda tidak perlu mencekiknya sebelum mencampaknya, anda tidak perlu membunuhnya sebelum mencampaknya, anda tidak perlu mematahkan tulangnya sebelum mencampaknya. Setujukah? Beliau menawarkan diri. Maka semasa mereka mencampakkannya ke laut, apa kata hati anda? Beliau hidup atau mati? Saya perlukan bantuan anda. Adakah beliau mati atau hidup? Hidup. Anda tidak mendapat hadiah untuk jawapan itu - soalannya terlalu mudah. Dan yang menghairankan adalah kaum Yahudi mengatakan beliau hidup, umat Kristian mengatakan beliau hidup dan umat Islam mengatakan beliau hidup. Bukankah bagus jika kita sentiasa sependapat dalam semua hal. Kita semua setuju bahawa beliau hidup semasa dicampakkan ke laut yang bergelora. Dan ribut pun reda. Mungkin itu kebetulan. Seekor ikan lalu menelannya. Hidup atau mati? Adakah beliau hidup atau mati? Hidup? Terima kasih. Menurut buku Yunus, beliau memohon pertolongan Tuhannya dari dalam perut ikan. Adakah manusia yang telah mati berdoa? Adakah mereka berdoa? Adakah orang mati berdoa? Tidak! Beliau masih hidup. Tiga hari dan tiga malam ikan tersebut membawanya di lautan. Hidup atau mati? Hidup. Pada hari ketiga, semasa berjalan di pantai, beliau hidup atau mati? Hidup. Apa kata Jesus? Katanya, "Seperti Yunus". Sama seperti Yunus. "Sebab seperti Yunus tinggal di dalam perut ikan tiga hari tiga malam, demikian juga Anak Manusia akan tinggal di dalam rahim bumi tiga hari tiga malam", merujuk kepada dirinya. Bagaimana keadaan Yunus - hidup atau mati? Hidup. Bagaimana keadaan Jesus selama tiga hari dan tiga malam di dalam makam menurut kepercayaan Kristian? Bagaimana keadaannya? Hidup atau mati? Mati. Beliau mati menurut kepercayaan kita. Dengan kata lain, beliau tidak seperti Yunus. Tidakkah anda nampak? Beliau kata, Aku akan seperti Yunus, dan kamu memberitahu saya - terdapat seribu dua ratus juta umat Kristian dalam dunia - bahawa beliau tidak seperti Yunus. Beliau berkata, Saya akan seperti Yunus, anda berkata beliau tidak seperti Yunus. Jika saya seorang Yahudi, saya tidak akan menerimanya sebagai Penyelamat saya. Saya diberitahu oleh Qur'an bahawa Jesus adalah seorang Penyelamat. Saya terima. Beliau adalah salah seorang utusan Tuhan yang teragung - saya terima. Saya percaya akan kelahirannya yang luar biasa. Saya percaya beliau menghidupkan yang mati dengan izin Tuhan. Dan beliau menyembuhkan orang buta dan pesakit kusta dengan izin Tuhan. Tetapi jika saya seorang Yahudi, menurut tanda yang beliau berikan, beliau gagal. Yunus hidup; Jesus mati. Mereka tidak serupa. Saya tidak tahu dalam bahasa apa kamu boleh menjadikan mereka serupa. Maka seorang bijak, seorang doktrat teologi, profesor agama, berkata kepada saya yang saya tidak faham Bible. Saya tidak memahami Bible anda. Mengapa saya tidak memahami Bible? Katanya, "Begini, Encik Deedat. Jesus Kristus menekankan faktor masa". Perhatikan beliau menggunakan perkataan "tiga" sebanyak empat kali. Bagi Jonah tiga hari dan tiga malam. Begitu juga Anak Manusia selama tiga hari dan tiga malam. Beliau menggunakan perkataan "tiga" sebanyak empat kali. Dengan kata lain, beliau menekankan faktor masa - bukan sama ada beliau hidup atau mati. Semasa Yunus dicampakkan ke laut, kita jangkakan beliau akan mati. Beliau tidak mati, maka itu suatu mukjizat. Seekor ikan lalu menelannya - beliau sepatutnya mati. Beliau tidak mati, maka itu suatu mukjizat. Tiga hari dan tiga malam dalam perut paus yang menyesakkan dan panas, beliau sepatutnya mati: beliau tidak mati. Itu suatu mukjizat, ia suatu mukjizat kerana anda menjangkakan beliau mati, tetapi beliau tidak mati. Bila anda menjangkakan seseorang akan mati, dan beliau mati, apa yang menakjubkan mengenai hal ini? Saya bertanya anda, apa yang menakjubkan mengenai hal ini? Jika seorang pembunuh mengambil sepucuk senapang dan menembak ke arah jantung seseorang dan orang itu mati, adakah ini mukjizat? Tidak. Tetapi beliau mengetepikannya. Jika beliau masih hidup dan berada bersama kita, dan jika selepas enam tembakan yang menembusi jantungnya, beliau ketawa: ha ha ha - beliau hidup - maka kita katakan ini suatu mukjizat. Adakah anda nampak? Ia suatu mukjizat kerana kita menjangka orang itu mati dan beliau tidak mati. Apabila seseorang yang dijangkakan mati, mati, itu bukan suatu mukjizat. Kita menjangkakan Jesus mati. Setelah apa yang beliau lalui, jika beliau mati, bukanlah mukjizat. Tiada tanda. Jika beliau tidak mati, ia suatu mukjizat - adakah anda nampak? Maka beliau berkata, "Bukan, bukan. Hal ini adalah mengenai faktor masa". Lelaki yang kelemasan akan menyambar apa sahaja - begitu juga wanita yang kelemasan. Beliau berkata, "Bukan. Hal ini adalah mengenai faktor masa". Saya berkata, "Adakah Jesus memenuhi syarat faktor masa ini?". Katanya, "Sudah tentu beliau memenuhi syarat ini". Saya bertanya, "Bagaimanakah beliau memenuhi syarat ini?". Mudah saja untuk mengatakan beliau memenuhi syarat ini. BAGAIMANA beliau memenuhi syarat ini? Soalan saya begini: bila beliau disalib? Semua penganut Kristian di seluruh dunia akan menjawab, pada hari Good Friday (Jumaat). Britain, Perancis, Jerman, Amerika, Lesotho, Zambia, Afrika Selatan - adalah cuti umum - setiap penganut Kristian pelbagai bangsa memperingati Good Friday. Saya bertanya, apa yang menjadikan Good Friday bagus? Maka penganut Kristian berkata, "Kristus mati kerana dosa kita. Itulah yang menjadikannya bagus". Maka beliau disalib pada hari Good Friday. Beliau menjawab, ya. Saya berkata, bilakah beliau disalib - pagi atau petang? Maka beliau menjawab, tengah hari. Berapa lama beliau berada di batang salib? Ada yang mengatakan tiga jam, ada yang mengatakan enam jam. Saya tidak akan mempertikaikannya. Apa pun jawapan yang anda berikan, saya terima. Apabila kita membaca Kitab, kita dapati bahawa mereka tergesa-gesa mahu menyalib Jesus. Mereka begitu tergesa-gesa sehingga Josh memberitahu kita di dalam bukunya, The Resurrection Factor, bahawa dalam tempoh 12 jam, terdapat enam perbicaraan yang berasingan. Beliau melalui enam perbicaraan. Perkara seperti ini hanya berlaku dalam filem. Perkara seperti ini - enam perbicaraan dalam 12 jam dari tengah malam ke pagi berikutnya - hanya berlaku dalam filem. Tetapi saya percaya apa yang anda beritahu saya. Apa saja yang anda beritahu saya, saya terima. Maka kaum Yahudi tergesa-gesa mahu menyalibnya. Tahukah anda mengapa? Disebabkan orang ramai. Jesus adalah seorang Yahudi. Dan orang ramai mengasihinya. Beliau telah menyembuhkan orang buta dan pesakit kusta dan orang sakit dan telah menghidupkan orang mati. Beliau telah memberi makan beribu-ribu orang roti dan ikan. Beliau adalah seorang wira, dan jika mereka - orang ramai - tahu bahawa nyawa wira mereka dalam bahaya, mungkin berlaku rusuhan. Maka mereka mengadakan perbicaraan pada tengah malam. Awal keesokan pagi, mereka membawanya kepada Pilatus. Pilatus berkata, "Dia bukan di bawah kuasaku. Bawa dia kepada Herod". Herod berkata, "Saya tidak berminat, bawa dia kembali kepada Pilatus. Dan bersegeralah". Dan mereka mengadakan enam perbicaraan dalam masa 12 jam. Seolah-olah mereka tiada kerja lain untuk dilakukan, tetapi saya percaya apa yang anda beritahu saya. Mereka berjaya mengikatnya di batang salib, menurut saksi-saksi anda. Tetapi seperti mana mereka tergesa-gesa menyalibnya, mereka juga tergesa-gesa mahu menurunkannya dari batang salib. Anda tahu mengapa? Kerana apabila matahari terbenam pada hari Jumaat, pada jam enam, Sabat bermula. Begini, kaum Yahudi mengira hari, malam, hari dan malam. Kami umat Islam juga mengira sehari sebagai malam dan siang, malam dan siang. Bukan siang dan malam. Kami mengira sehari sebagai siang dan malam. Pada jam enam petang, malam bermula. Jadi sebelum matahari terbenam, jenazah tersebut mesti diturunkan kerana mereka dimaklumkan dalam Ulangan bahawa mereka mesti pastikan tiada jenazah yang bergantungan di pokok pada hari Sabat: "Supaya tanah yang dianugerah Tuhan kepadamu tidak dicemar". Maka dengan segera, mereka menurunkan jenazahnya dan mereka memandikan jenazahnya, dan mereka meletakkan seratus paun ubat-ubatan di sekelilingnya. Dan mereka meletakkannya di makam. Bukan kubur, tetapi makam. Sebuah bilik yang besar di atas tanah. Kemudian hari pun malam. Pada jam tiga petang, butir-butir apa yang berlaku diceritakan oleh buku Josh. Memandikan jenazah biasanya mengambil masa lebih sejam. Anda boleh membaca dengan terperinci bagaimana kaum Yahudi memandikan jenazah. Itu sahaja mengambil masa lebih sejam. Tetapi katakan mereka berjaya melakukannya dengan cepat. Anda tahu yang mereka tergesa-gesa. Enam perbicaraan dalam masa 12 jam. Sekarang mereka meletakkannya di dalam makam. Semasa mereka meletakkannya di situ, hari telah pun malam. Sekarang perhatikan jari saya. Malam Jumaat. Beliau sepatutnya berada dalam makam. Perhatikan jari saya. Siang Sabtu, beliau sepatutnya masih berada di makam. Betul tak? Malam Sabtu, beliau sepatutnya masih berada di makam. Tetapi pagi Ahad, hari pertama dalam seminggu, ketika Mary Magdelina pergi ke makam, makam tersebut kosong. Itulah yang dikatakan oleh saksi anda. Saya tanya - berapa hari dan berapa malam? Anda ingat yang saya berkata, sepatutnya, sepatutnya, sepatutnya... Anda tahu mengapa? Kerana Bible sebenarnya tidak menyatakan bila beliau keluar. Beliau mungkin telah keluar pada malam Jumaat. Bible tidak mengatakan bila itu terjadi. Maka, malam Jumaat, siang Sabtu, malam Sabtu. Saya tanya, berapa hari dan berapa malam? Jika anda boleh melihat, dan mata anda tidak apa-apa, beritahu saya berapa? Berapa yang anda nampak? Betul! Dua malam dan satu hari. Lihat ini. Adakah ini sama dengan yang beliau katakan, seperti Yunus tiga hari dan tiga malam, begitulah juga Anak Manusia? Tiga dan tiga. Lihat ini: dua dan satu. Sekarang silalah beritahu saya yang maknanya sama sahaja. Saya mahu tahu apa yang anda baca. Saya mahu tahu apa yang anda baca dalam kitab anda sendiri! Beliau memberitahu anda apa yang akan berlaku adalah seperti Yunus. Dan tanda Yunus adalah mukjizat. Dan satu-satunya mukjizat yang boleh dikaitkan dengan lelaki ini, Yunus, adalah bahawa kita menjangkakan beliau akan mati, tetapi beliau tidak mati. Jesus - kita juga jangkakan beliau mati. Jika beliau mati, itu bukan suatu tanda. Jika beliau tidak mati, maka itu suatu tanda. Tuan Pengerusi, tuan-tuan dan puan-puan juri. Nampakkah anda bagaimana orang ramai telah diprogramkan. Kita telah diprogramkan sejak kecil. Apabila saya pergi ke Amerika dan berceramah di Universiti di San Francisco, saya beritahu mereka yang mereka telah di-brainwash. Saya katakan kepada mereka, "Kamu telah di-brainwash". Sudah tentu saya boleh berkata begitu kepada mereka - orang Amerika boleh menerimanya. Mereka gagah. Mereka boleh menerimanya. Saya berkata, "Kamu telah di-brainwash". Seorang profesor Amerika mencelah, "Bukan, bukan di-brainwash. Diprogram". Saya berkata, "Maafkan saya. Diprogram". Jadi, Tuan Pengerusi, tuan-tuan dan puan-puan, apabila perjumpaan ini berakhir, anda sekali lagi akan diprogram untuk membaca kitab ini seperti seadanya, dan bukan seperti mana yang anda telah faham. Terima kasih banyak, tuan-tuan dan puan-puan. Josh McDowellSemasa bersedia untuk simposium ini, saya tidak sedar yang saya akan berhadapan dengan begitu banyak teori yang berbeza mengenai penyaliban daripada pandangan Islam. Mula-mula saya mendapat tahu bahawa umat Islam seluruh dunia berpegang kepada teori bahawa Jesus telah digantikan. Bahawa Surah keempat dalam Qur'an menyatakan bahawa orang lain menggantikan Jesus di batang salib, dan bahawa Jesus diselamatkan dan diangkat ke langit. Dengan kata lain, orang lain yang disalib. Tetapi kemudian saya mendapati bahawa terdapat pendapat yang berbeza di kalangan umat Islam. Beberapa penulis Islam mengatakan bahawa seorang murid Jesus telah disalib. Seorang lagi penulis Islam, Tabari, memetik Ibn Ishaq, yang mengatakan seorang lelaki bernama Sargus, atau Sergius, telah disalib. Seorang lagi penulis Islam bernama Baidawi berkata yang disalib adalah seorang Yahudi bernama Titanus. Seorang lagi penulis, Ath-Tha-'labi, mengatakan seorang Yahudi bernama Fal Tayanus telah disalib. Dan seorang lagi penulis Islam, Wahb ibn Munabbah, mengatakan bahawa seorang Rabai Yahudi, Ashyu, telah disalib. Kemudian, orang lain pula merasakan adalah agak tidak adil menyalib orang yang tidak bersalah, dan mengatakan bahawa sudah tentulah Judas Iskariot yang disalib. Encik Deedat mungkin boleh membetulkan saya, tetapi saya tidak percaya ada sebarang bukti di dalam Qur'an mengenai hal ini. Terdapat bukti dalam beberapa kumpulan sebelum Islam yang merujuk kepada peristiwa ini. Tetapi saya selalu tertanya-tanya, mengapakah Tuhan memerlukan pengganti? Mengapa Dia tidak mengambil sahaja Jesus? Golongan lain pula berkata - dan ini bukan apa yang dipercayai oleh kebanyakan umat Islam - bahawa Jesus wafat secara semula jadi beberapa tahun selepas penyaliban dan kebangkitan semula. Dengan kata lain, "Hazrat Isa" telah wafat. Ini adalah perkembangan terbaru dalam Islam. Dan saya biasanya sangsi dengan perkembangan terbaru. Ini diperkenalkan oleh seorang lelaki bernama Venturini, yang mengatakan bahawa Jesus tidak mati di batang salib, beliau mabuk lalu pengsan, kemudian dimasukkan ke dalam makam dan disedarkan semula. Ini juga adalah tema golongan Ahmadiyah, kumpulan radikal dalam Islam. Salah satu doktrin utamanya yang diasaskan oleh pengasasnya yang mengaku dirinya seorang nabi, Mirza Ghulam Ahmad, adalah sebahagian daripada doktrin Qadiani. Ada yang berkata disalib bermakna mati. Oleh itu, Jesus tidak disalib kerana beliau tidak mati di batang salib. Saya kurang pasti dari mana mereka mendapat takrif ini. Ini adalah apa yang saya akan lakukan: memberikan fakta-fakta kepada anda, seperti yang telah saya dokumenkan dalam buku saya, dan biarkan anda yang bijak untuk membuat keputusan sendiri. Latar belakang kepada apa yang ingin saya sampaikan adalah, semasa saya di universiti, saya mahu menulis sebuah buku yang menyanggah agama Kristian. Saya mahu menyanggahnya secara intelek. Perkara terakhir yang saya mahu lakukan adalah menjadi seorang Kristian. Tetapi setelah dua tahun menjalankan penyelidikan dan menghabiskan banyak wang dan masa, saya temui fakta-faktanya - bukan sahaja fakta yang Tuhan telah nyatakan di dalam Kitab Suci-Nya, Bible, tetapi juga fakta-fakta yang telah didokumenkan oleh sumber-sumber sejarah. Ini adalah fakta-fakta yang saya temui semasa cuba menyanggah agama Kristian dan tidak dapat melakukannya. Fakta pertama yang saya temui adalah Jesus tidak takut untuk mati. Sesungguhnya, beliau telah meramalkan kematiannya dan kebangkitan semulanya. Beliau berkata, "Kita akan ke Jurusalam". Beliau berkata kepada murid-muridnya, "Anak Manusia akan mati. Dan mereka akan menyerahkannya kepada kaum bukan Yahudi untuk diejek, dipukul dan disalib. Dan pada hari ketiga, dia akan dibangkitkan semula" (diolah semula dari Matius 17:22-23). Di bahagian lain, beliau mengajar mereka bahawa beliau telah mengetahui banyak perkara. Kemudian beliau berkata yang beliau telah ditolak oleh orang tua-tua dan ketua paderi dan ahli kitab, dan beliau akan dibunuh dan beliau menambah bahawa selepas tiga hari, beliau akan bangkit semula (Matius 20: 18-19). Dalam Matius 17, Jesus berkata kepada mereka, "Anak Manusia akan diserahkan ke dalam tangan manusia dan mereka akan membunuhnya dan pada hari ketiga dia akan dibangkitkan". Perkara kedua yang saya temui semasa saya mengkaji hidup Jesus Kristus adalah beliau rela mati. Dalam Matius 26, beliau berkata, "Jesus pergi lebih jauh sedikit dan meniarap di tanah dan berdoa, 'Ya Bapa, jika boleh jauhkanlah cawan penderitaan ini daripadaku! Tetapi janganlah turut kehendakku melainkan kehendak Bapa sahaja!'" (Matius 26:39). Jesus tidak menyembunyikan dirinya. Beliau jelas mengenai kedudukannya. Yohanes 18 mengatakan bahawa beliau pergi ke tempat di mana mereka biasa menemuinya. Beliau tidak bersembunyi daripada pihak berkuasa. Beliau tahu apa yang akan berlaku. Yohanes 18, ayat 4 mengatakan, "Jesus tahu semua yang akan berlaku terhadap dirinya. Oleh itu dia menghampiri mereka dan bertanya, 'Siapakah yang kamu cari?'". Beliau tahu! Dan beliau bersedia menghadapinya! Dalam Matius, Jesus berkata, "Tidakkah kamu mengerti, aku boleh memanggil dua belas legion malaikat untuk melindungiku? Tetapi aku mahukan kehendak-Mu, Bapa", dan Bapa mendengar doanya dan membenarkannya memenuhi "kehendak Bapa". Dalam Yohanes 10, Jesus berkata, "Bapa mengasihi aku oleh kerana aku memberikan nyawaku untuk menerimanya kembali. Tidak seorang pun mengambilnya daripadaku, melainkan aku memberikannya menurut kehendakku sendiri". Anda harus ingat, Jesus adalah utusan Tuhan, datang sebagai Anak Tuhan ke dunia ini untuk menanggung dosa seluruh dunia. Bible yang Suci (1 Korintus 5:21) mengatakan bahawa Dia, Tuhan, membuatkan Jesus berdosa untuk kita, dan jika anda dapat melakukannya, bayangkanlah keperitan yang dilalui oleh Firman, Anak, pada masa itu. Perkara ketiga saya temui adalah kaum Yahudi tidak bersalah atas penyaliban Jesus Kristus. Saya terkejut bahawa Encik Deedat perlu mempertahankan kaum Yahudi. Terdapat umat Islam dan Kristian yang telah terseleweng daripada sejarah. Jesus berkata dalam Matius 20 ayat 18 dan 19, "Dengarlah, kita sekarang menuju ke Jurusalam. Di sana Anak Manusia akan diserahkan kepada ketua iman dan guru Taurat. Mereka akan menjatuhkan hukuman mati kepadanya. Lalu menyerahkannya kepada orang bukan Yahudi, yang akan memperolok-olokkannya, menyesahnya dan menyalibnya. Tetapi pada hari ketiga dia akan dibangkitkan semula". Juga, Encik Deedat, saya rasa bahawa saya dan anda bertanggungjawab, kerana Bible mengatakan, "Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka" (Rom 3:23). Dosa kitalah yang menyebabkan Jesus Kristus disalib. Perkara keempat yang saya pelajari adalah bahawa penganut Kristian diseru kepada keimanan yang bijak - bukan iman buta. Saya agak terkejut semasa saya membaca booklet kecil, "Apakah Tanda-tanda Yunus?" oleh Encik Ahmad Deedat, bahawa lebih seribu juta penganut Kristian hari ini menerima dengan membuta tuli bahawa Jesus dari Nasaret adalah Kristus. Saya agak keliru, Encik Deedat, kerana anda membaca Qur'an dan berkata anda menerimanya, anda tidak perlukan fakta-fakta, anda tidak perlukan bukti. Anda menerimanya dan kemudian anda mengatakan bahawa apabila penganut Kristian menerima apa yang Tuhan, Yahweh, turunkan melalui Bible yang Suci, bahawa Jesus adalah Kristus, bahawa kami menerimanya secara membuta tuli. Saya harian kerana kitab umat Islam, Qur'an, menyatakan bahawa salah satu gelaran yang diberikan kepada Jesus adalah "al-Masih". Saya percaya bahawa beliau dipanggil dengan gelaran itu sebanyak 11 kali. Yusuf Ali yang menterjemahkan Qur'an ke B. Inggeris, menterjemahkan perkataan Arab ini sebagai "Kristus" dalam terjemahannya. Jadi mengapakah kami dituduh sebagai menerima Jesus sebagai Kristus secara membuta tuli? Di negara saya, salah seorang peguam terhandal yang pernah hidup adalah dari Universiti Harvard yang masyhur - Dr Simon Greenleaf. Beliau menjadi seorang Kristian dalam usaha menyanggah Jesus Kristus sebagai Firman Abadi dan kebangkitan semula. Akhirnya, setelah berusaha berbuat demikian, beliau membuat kesimpulan bahawa kebangkitan semula Jesus Kristus adalah salah satu peristiwa sejarah yang terbukti, menurut undang-undang bukti yang dikemukakan di mahkamah. C.S. Lewis adalah seorang pakar kesusasteraan pada zaman kita, dan adalah profesor kesusasteraan zaman pertengahan dan pembaharuan di Oxford. Beliau adalah orang besar dalam bidangnya. Tidak sesiapa mempertikaikan keupayaan inteleknya. Beliau beriman kepada Jesus Kristus sebagai Penyelamat dan Tuhan apabila beliau cuba menyanggah keutuhan Perjanjian Baru dan gagal berbuat demikian. Dan beliau berkata, "Saya adalah seorang penganut yang paling sukar diyakinkan, tetapi saya dibawa kepada Jesus Kristus oleh akal saya". Lord Caldecote, Ketua Hakim England, seorang yang telah memegang jawatan tertinggi dalam sistem kehakiman England berkata, "... semakin lama saya mengkaji bukti agama Kristian, saya akhirnya percaya bahawa ia adalah fakta yang tidak boleh disanggah". Thomas Arnold adalah pengetua sebuah universiti selama 14 tahun. Beliau adalah ahli sejarah dan pengarang sebuah buku tiga jilid yang masyhur, "History of Rome". Beliau berkata, "Saya tidak tahu mana-mana fakta sejarah yng telah dibuktikan dengan lebih baik dan mempunyai bukti yang lebih jelas selain daripada kebangkitan semula Jesus Kristus". Dr Werner von Braun, seorang ahli sains Jerman, yang telah berhijrah ke negara saya, adalah salah seorang pereka Program Angkasa Lepas Amerika. Beliau berkata beliau tidak betul-betul menjadi ahli sains sehinggalah beliau mengenali Jesus Kristus sebagai Penyelamat dan Tuhan. Perkara kelima yang saya temui adalah ketepatan Bible dari segi sejarah. Perjanjian Baru Bible adalah luar biasa dari segi keutuhan dan keandalannya merentasi sejarah. Ia adalah manuskrip yang tiada tolok bandingnya dari segi autoriti. Sebuah manuskrip adalah salinan tulisan tangan yang dibandingkan dengan salinan yang dicetak. Bukan versi-versi Bible, Encik Deedat, salinan manuskrip. Buku kedua dalam kesahihan manuskrip dan kesusasteraan adalah Iliad yang ditulis oleh Homer. Ini adalah buku kedua dalam seluruh sejarah autoriti manuskrip. Sir Frederick Kenyon adalah seorang yang tiada tandingannya daripada segi kebolehan dan latihannya dalam membuat kenyataan yang autoritatif mengenai kesusasteraan manuskrip sejarah. Bekas kurator dan pengarah British Museum ini berkata, "Asas akhir bagi sebarang keraguan mengenai Kitab yang sampai kepada kita seperti mana ia ditulis telah dilenyapkan. Kesahihan dan keutuhan buku-buku dalam Perjanjian Lama kini telah disahkan". Pokoknya, terdapat beberapa orang yang tidak tahu perspektif sejarah kesusasteraan yang cuba menimbulkan isu mengenai penulis-penulis kisah dalam empat gospel, Matius, Markus, Lukas dan Yohanes, tidak pernah menurunkan tanda tangan mereka. Tolonglah, tuan-tuan dan puan-puan, kita perlu melihat sejarah dan faham bagaimana mereka melakukannya. Pertama sekali, manuskrip ini telah diterima baik sebagai autoritatif, dengan semua orang mengetahui siapa yang menulisnya, mereka tidak perlu menulis nama mereka. Anda mungkin berkata bahawa itu adalah cara penulis-penulis tersebut untuk tidak mengalih perhatian daripada menjadikan Jesus Kristus sebagai isu utama. Juga, hasil kerja pengarang-pengarang ini, Matius, Markus, Lukas dan Yohanes, melalui zaman murid-murid. Mereka melalui ujian zaman murid-murid pada abad pertama yang mengesahkan ketepatan, kesahihan dan kebolehpercayaan mereka. Orang lain, melalui pembacaan yang terhad dan ketiadaan sebarang penyelidikan, mengatakan dokumen-dokumen Matius, Markus, Lukas dan Yohanes adalah dengar cakap kerana pengarang-pengarang bukan saksi mata kepada peristiwa yang berkaitan dengan penyaliban dan kebangkitan semula Jesus Kristus. Mereka yang berkata demikian sering merujuk Markus 14:50. Mereka berkata bahawa dalam masa dua minit mereka boleh mengetepikan hujah tersebut kerana pengikut-pengikut Jesus meninggalkannya dan melarikan diri. Oleh itu semuanya adalah dengar cakap. Tuan-tuan dan puan-puan, hujah ini mengabaikan akal apabila melihat fakta kes ini. Contohnya, baca saja empat ayat berikutnya. Ia mengatakan, "Dan Petrus mengikutnya". Begini, mereka meninggalkannya berkumpulan, tetapi mereka kembali secara individu - dengan segera, Encik Deedat. Ayat 4 mengatakan" "Dan Petrus mengikutnya dari jauh". Beliau pergi ke halaman Imam Agung. Dan beliau duduk bersama pegawai. Boleh anda bayangkan? Dengan para pegawai dengan selesa. Markus 4 mengatakan, "Dan Petrus berada di bawah, di halaman". Tuan-tuan dan puan-puan, jika anda mengkaji Kitab, anda akan tahu bahawa Markus, di dalam gospelnya, menulis apa yang diceritakan oleh saksi mata, Petrus. Petrus berada di situ. Kemudian kita pergi kepada Yohanes 18 ayat 15: "Simon Petrus dan seorang pengikut lain mengikuti Jesus. Pengikut lain itu dikenal oleh Imam Agung. Oleh itu pengikut itu ikut bersama-sama Jesus ke halaman rumah Imam Agung". Yohanes 19:26 "Jesus nampak ibunya dan pengikut yang dikasihinya di situ. Kemudian Jesus berkata kepada ibunya, 'Perempuan, dia anakmu'". Mereka adalah saksi mata. Mereka berada di situ. Mengenai sama ada bukti ini diterima di mahkamah, dalam kebanyakan situasi undang-undang, kita ada apa yang dikatakan sebagai peraturan dokumen purba. Sekarang, kita perlu merujuk kepada undang-undang untuk mengesahkan perkara ini. Dr John Warwick Montgomery adalah seorang peguam dan dekan Sekolah Undang-undang Simon Greenleaf, dan seorang pensyarah di Sekolah Teologi dan Undang-Undang Antarabangsa di Strasbourg, Perancis. Beliau berkata bahawa mengenakan peraturan dokumen purba kepada Perjanjian Baru (terutamanya kepada empat gospel) - dan ini dinyatakan oleh dekan sekolah undang-undang - "Dikenakan kepada rekod-rekod gospel dan diperkuatkan oleh kritik rendah (tekstual) secara bertanggungjawab, peraturan ini terbukti memuaskan di mana-mana mahkamah". Keterangan saksi mata utama tidak ditemui di dalam gospel. Ia ditemui dalam 1 Korintus, surat yang ditulis oleh Paul, bab 15 dan ditulis antara tahun 55 - 56 Masihi. Saya belum temui sarjana terhormat yang menafikannya. Paul berkata (20 tahun selepas beliau menukar agama - beliau telah bertemu dengan para pemimpin. Beliau telah bertemu dengan James, adik Jesus di Jurusalam), bahawa kisah ini telah disampaikan kepadanya dengan lebih 500 saksi mata kepada kebangkitan semula. Jika anda membawa ini ke mahkamah, berikan setiap saksi mata hanya enam minit, ia akan mengambil masa 3000 minit untuk keterangan saksi mata, atau keterangan saksi mata selama 50 jam. Bagaimanapun, ini bukan persoalan pokok. Itu adalah kisah yang disampaikan kepadanya, apa yang beliau sendiri selidiki. Tetapi kemudian Paul berkata, kebanyakan daripada mereka masih hidup sekarang. Bukan semasa kisah itu disampaikan kepadanya, tetapi pada masa tersebut. Tuan-tuan dan puan-puan, Paul berkata, "Jika kamu tidak percayakan saya, tanyalah mereka". Juga, ramai orang tidak nampak bahawa ajaran Jesus Kristus disampaikan oleh murid-murid dan pengikut-pengikut, dan bahawa Perjanjian Baru dikongsi, dan ada di kalangan orang ramai yang bertentangan pendapat. Jika mereka berani menyeleweng daripada kebenaran, terdapat saksi belot yang akan membetulkan mereka dengan serta-merta. Dalam mahkamah, ini dikatakan sebagai prinsip soal balas. Mereka tidak berani menyelewengkan kebenaran. Juga selain daripada Bible, anda dapati beberapa sumber-sumber biblikal sekular lain. 2000 tahun lalu, pernah seorang lelaki bernama Polycarp, murid kepada Yohanes menulis dalam bukunya, "Begitu kukuh sekali asas gospel ini sehingga golongan sesat pun tidak dapat menyanggahnya". Mereka terpaksa mula daripada apa yang telah ada dan kemudian mengembangkan kepercayaan sesat mereka. Pun begitu, mereka tidak dapat berkata bahawa Jesus tidak mengatakannya. Jesus tidak melakukannya pada masa itu... mereka tidak dapat melakukannya. Jadi mereka mulakan dengan apa yang beliau katakan, dan kemudian mengembangkan ajaran sesat mereka. Kesimpulan kebanyakan sarjana adalah keyakinan yang tinggi terhadap Bible Kristian. Encik Millar Burrows adalah salah seorang kaki tangan Universiti Yale, salah sebuah universiti paling berprestij di negara saya. Beliau berkata, "Terdapat keyakinan yang semakin tinggi terhadap ketepatan teks Perjanjian Baru yang disampaikan". Dr Howard Vos, seorang penyelidik dan ahli arkeologi, berkata, "Daripada pandangan bukti kesusasteraan, satu-satunya kesimpulan yang logik mengenai keandalan Perjanjian Baru adalah ia lebih kukuh daripada rekod purba lain". Fakta keenam yang saya temui adalah Kristus disalib. Apakah yang ditunjukkan oleh rekod sejarah yang boleh dipercayai? Jelas, bukan sahaja daripada rekod sejarah biblikal Kristian, tetapi juga dari sumber-sumber sekular, yang didokumenkan di belakang buku saya, "Evidende that Demands a Verdict", bahawa beliau tidak hanya meramalkan kematiannya melalui penyaliban. Dalam Yohanes 19: 17 -18, "Sambil memikul salibnya, Jesus pergi ke luar bandar tempat yang bernama 'Tempat Tengkorak'. Di situ dia disalib. Dua orang lain juga disalib bersama-sama Jesus, seorang di sebelah kiri, seorang di sebelah kanan dan Jesus di tengah-tengah". Mari lihat apa yang sebenarnya berlaku. Mula-mula, diceritakan bahawa Jesus disebat oleh orang Rom. Apa maknanya? Orang Rom akan menanggalkan baju orang tersebut ke pinggang dan mengikatnya di halaman. Kemudian mereka akan mengambil sebat yang mempunyai pemegang sepanjang satu setengah kaki. Di hujung pemegang itu adalah empat tali kulit yang berat, tulang bercerancang dan bola plumbum yang bercerancang yang diikit dihujungnya. Sekurang-kurangnya lima yang berbeza panjang. Orang Rom akan menyebat belakang individu tersebut dan semua tali dan tulang akan memukul tubuh orang itu pada masa yang sama, dan mereka yang menyeret sebat itu ke bawah. Orang Yahudi hanya membenarkan 40 sebatan. Jadi mereka tidak menyebat lebih daripada 39 kali kerana mereka akan melanggar undang-undang jika tersalah kira. Orang Rom boleh menyebat berapa kali yang mereka mahu. Jadi, apabila orang Rom menyebat orang Yahudi, mereka menyebatnya 41 kali kerana mereka bencikan orang Yahudi. Dan mungkin beliau menerima sekurang-kurangnya 41 sebatan, jika tidak lebih daripada itu. Beberapa autoriti perubatan telah melakukan penyelidikan mengenai penyaliban. Salah seorang daripadanya alah Dr Barbet, di Perancis, dan seorang lagi adalah Dr C. Truman Davies dari Arizona di negara saya. Beliau adalah seorang doktor perubatan yang amat teliti mengkaji penyaliban dari perspektif perubatan. Berikut beliau menerangkan kesan sebatan Rom: "Sebat yang berat yang menyebat seseorang dengan kuat berkali-kali di bahu, belakang dan kaki. Mula-mula tali hanya melukakan kulit. Kemudian, apabila sebatan berterusan, ia akan memotong jauh ke dalam tisu subkutaleous, menyebabkan darah memancut dari kapilari dan vena di kulit dan akhirnya menyebabkan pendarahan arteri daripada urat yang berada di dalam otot. Bebola kecil akan menyebabkan lebam yang besar dan dalam yang kemudiannya terbuka luas. Akhir sekali kulit belakang akan tergantung dalam cebisan yang panjang, dan seluruh kawasan itu akan terkoyak terus, tisu berdarah ". Sumber-sumber lain yang saya dokumenkan mengatakan kadang-kala bahagian belakang terkoyak sehingga ke usus. Ramai yang mati akibat sebatan ini. Selepas disebat, mereka membawa Jesus keluar ke kawasan hukuman dan memaku pergelangan tangan dan kakinya. Dikatakan bahawa pada lewat tengah hari Jumaat, mereka mematahkan kaki dua orang pencuri yang digantung bersama Jesus, tetapi mereka tidak mematahkan kakinya. Mengapa mereka mematahkan kaki orang lain? Apabila anda diikat di batang salib dan digantung di situ, mereka membengkokkan kaki anda dan memakunya. Apabila anda mati disalib, biasanya apa yang berlaku ialah anda mati akibat nafas sendiri. Otot pektoral terjejas dan anda tidak boleh bernafas. Anda boleh tarik nafas, tetapi tidak dapat menghembusnya. Oleh itu, anda tergantung dan lemas. Anda akan menolak kaki anda ke atas untuk menghembuskan nafas, dan kemudian menurunkan kaki anda. Apabila mereka mahu kematian yang cepat, mereka mematahkan kaki orang tersebut supaya orang itu tidak boleh menariknya, dan orang itu mati. Tuan-tuan dan puan-puan, jika mereka mematahkan kakinya, beliau bukanlah Penyelamat kita. Beliau bukanlah Firman Abadi, kerana Tuhan, Yahweh, dalam Perjanjian Lama, meramalkan dalam Zabur bahawa kakinya tidak akan dipatahkan. Tulangnya tidak akan dipatahkan. Tuan-tuan dan puan-puan, beliau memenuhi apa yang Tuhan, Yahweh, telah wahyukan akan berlaku. Fakta berikutnya yang saya temui adalah Kristus mati. Itulah fakta ketujuh yang saya temui. Tuan-tuan dan puan-puan, dalam Yohanes 19:30, Jesus merelakan dirinya mati. Itulah sebabnya beliau tidak mengambil masa yang lama. Beliau datang untuk mati. Beliau berkata, "Sudah selesai!". Dan beliau menundukkan kepalanya dan melepaskan Rohnya. Beliau rela mati. Dalam Yohanes 19 ayat 34 (di dalam bookletnya, Encik Deedat merujuk kepadanya sebagai 'bukti Jesus tidak mati') anda dapati rujukan kepada darah dan air. Beliau di batang salib dan mereka mengakui beliau telah mati, tetapi mereka mahu memerikannya tikaman terakhir. Mereka mengambil sebilah lembing dan menusuk sisinya. Saksi mata menceritakan bahawa darah dan air keluar berasingan. Encik Deedat, dalam bukunya, merujuk kepada fenomena ini sebagai bukti bahawa Kristus masih hidup. Beliau menyokong tulisannya dengan merujuk kepada artikel Thinkers Digest 1949, oleh seorang ahli anestetik. Saya tidak menemui penyelidikan perubatan mengenai hal ini. Saya mempunyai masa untuk berkongsi dua penemuan. Pertama, dari sudut pandangan sarjana: banyak perpustakaan dan universiti perubatan menyimpan jurnal ini, tetapi tidak lagi sekarang. Kebanyakan bidang perubatan menganggapnya ketinggalan zaman, terkebelakang. Kedua, dari sudut pandangan perubatan: luka yang dialami oleh Jesus, kalaupun beliau masih hidup, beliau tidak berdarah melalui lukanya, tetapi melalui kaviti dada yang menyebabkan perdarahan dalaman. Kedalaman luka tersebut menyebabkan pendarahan tidak berlaku di luka. Di bukaan luka, darah tidak mengalir dari situ. Untuk lembing membentuk saluran sempurna yang membolehkan darah dan serum mengalir keluar dari luka yang disebabkan oleh lembing adalah hampir mustahil. Luka dalaman yang teruk disebabkan penyaliban, dan tikaman lembing berdekatan dengan jantung, akan menyebabkan kemtian yang hampir serta-merta. Di State of Massachusetts General Hospital, kajian dijalankan selama beberapa tahun ke atas mereka yang mati akibat jantung yang pecah. Biasanya jantung mengandungi 20 cc cecair perikardial. Apabila seseorang mati akibat jantung yang pecah, terdapat lebih daripada 500 cc cecair perikardial. Dan ia akan keluar dalam bentuk cecair dan ketulan darah. Mungkin inilah yang dilihat pada masa itu. Pengebumian Yahudi adalah tamparan terakhir. Encik Deedat berkata dalam bukunya, muka surat 9, "Apakah Tanda-tanda Yunus?" bahawa mereka memberikannya pengebumian Yahudi, membungkusnya dalam 100 paun lidah buaya dan. Setelah disebat, bahagian belakangnya hampir terbuka. Jika tangan dan kaki anda ditikam disalib, dan lembing ditikam ke sisi anda, diturunkan dan kemudian dibungkus dalam 100 paun rempah ratus - mukjizat yang lebih besar daripada kebangkitan semula diperlukan untuk hidup setelah melalui semua itu. Kemudian, disiplin ketat orang Rom. Pilatus agak hairan, dan saya juga mungkin kehairanan, bahawa Kristus telah mati, atau bahawa mereka datang menuntut jenazahnya. Maka beliau memanggil seorang askar. Dan katanya "Aku mahu kau pergi dan sahkan bahawa Jesus telah mati". Tuan-tuan dan puan-puan, askar ini tidak bodoh. Beliau tidak mahu menjadikan isterinya seorang balu. Seorang askar sentiasa bertanya kepada empat pelaksana yang berlainan. Ini adalah peraturan Rom. Mesti ada empat pelaksana. Mereka berbuat begitu supaya jika ada seorang yang agak cuai, yang lain boleh membetulkannya. Dan anda tidak akan dapat empat orang yang cuai menjalankan hukuman mati. Disiplin amat ketat di kalangan orang Rom. Contohnya, apabila malaikat melepaskan Petrus dari penjara dalam Kisah Para Rasul dalam Perjanjian Baru, Herod memanggil semua pengawal dan membunuh kesemuanya - kerana membiarkan seorang lelaki keluar dari penjara. Dalam Kisah Para Rasul 16 dalam Perjanjian Baru Kristian, pintu-pintu dibuka untuk Paul dan Silas, rantai mereka dilonggarkan, dan sebaik sahaja pengawal nampak yang mereka melepaskan diri, beliau menghunus pedangnya sendiri untuk membunuh diri. Dan Paul berkata, "Tunggu!". Pengawal itu tahu apa yang akan berlaku. Beliau lebih suka mati oleh pedangnya sendiri daripada dihukum oleh orang Rom. Maka Jesus meninggal dunia. Falavius Josephus, seorang ahli sejarah berbangsa Yahudi, merekodkan bahawa beliau pergi ke Jurusalam pada tahun 70 Masihi ketika Titus sedang memusnahkannya, dan beliau nampak tiga daripada rakannya sedang disalib. Mereka baru sahaja diikat dan mereka telah disebat. Beliau pergi kepada ketua pengawal dan berkata, "Tolonglah lepaskan mereka". Anda harus faham bahawa Falavius adalah nama yang diberikan kepada Josephus oleh Maharaja Rom yang telah membawanya ke dalam keluarganya sendiri. Itulah sebabnya beliau mempunyai pengaruh sebagai seorang Yahudi. Dan kapten pengawal Rom dengan segera menurunkan mereka dari batang salib, tetapi tuan-tuan dan puan-puan, dua daripada tiga orang itu meninggal dunia. Mereka baru saja diikat di salib dan dilepaskan dengan segera. Penyaliban memang amat kejam. Kaum Yahudi tahu bahawa Jesus telah meninggal dunia. Dalam Matius 27, mereka pergi kepada pemimpin Rom dan berkata, "Tuan, kami ingat, bahwa si penyesat itu sewaktu hidupnya berkata...". Dengan kata lain, bagaimana dia sekarang? Mati! "Semasa beliau masih hidup beliau berkata, "si penyesat itu sewaktu hidupnya berkata: Sesudah tiga hari aku akan bangkit". Saya percaya Encik Deedat dalam bukunya mengatakan bahawa kaum Yahudi sedar bahawa mereka telah melakukan kesilapan. Beliau tidak mati, maka mereka tidak mahu membuat kesilapan kedua, maka mereka pergi dan mendapatkan sesuatu unit pengawal di situ. Kaum Yahudi sendiri mengatakan beliau telah mati. "Kami hanya mahu memastikan tiada sesiapa mengambil jenazahnya supaya tiada penipuan". Berbagai tuduhan telah dilemparkan kepada kaum Yahudi, tetapi jarang sekali mereka dituduh sebagai bodoh. Mereka tahu beliau telah mati. Fakta berikutnya yang saya temui adalah prosedur pengebumian orang Yahudi. Sesetengah orang berkata mereka tergesa-gesa kerana Sabat hampir tiba, dan mereka terpaksa membawanya pulang. Tuan-tuan dan puan-puan, saya memeriksa hal ini dengan terperinci. Dan saya dokumenkan dalam buku saya, Resurrection Factor, prosedur pengebumian yang amat penting sehingga mereka boleh melakukannya walaupun pada hari Sabat. Mereka tidak perlu bimbang akan hari Sabat yang hampir tiba. Mereka tidak mahu jenazahnya tergantung di batang salib apabila Sabat bermula, tetapi mereka boleh mengambil masa untuk mengebumikannya. Mereka meletakkan rempah ratus di sekeliling jenazahnya - dalam kes ini, 100 paun rempah yang harum, bersama gam, sejenis bahan pelekat. Mereka meluruskan jenazahnya. Mereka mengambil sehelai kain linen selebar 30 sentimeter. Mereka membungkus jenazahnya mulai daripada kaki. Di antara lipatan, mereka meletakkan bahan pelekat dan rempah ratus. Mereka membalut badannya sehingga ke ketiak, menurunkan tangannya dan mula membalut mulai dari jari-jarinya ke leher, dan meletakkan sekeping kain lain di sekeliling kepala. Dalam keadaan ini, saya menganggarkan balutan seberat 117 hingga 120 paun. Faktor berikutnya yang saya temui adalah mereka mengambil langkah keselamatan yang ekstrem di makam Jesus Kristus. Satu, mereka menggulingkan batu yang besar di atas makam. Markus berkata bahawa batu tersebut sangat besar. Satu rujukan sejarah dari abad pertama mengatakan 20 orang lelaki tidak dapat menolak batu tersebut. Mungkin ini ditokok tambah sedikit, tetapi beliau menekankan saiz batu tersebut. Dua orang profesor kejuruteraan, selepas mendengar saya bercakap mengenai batu tersebut, telah pergi ke Israel. Sebagai profesor kejuruteraan bukan Kristian, mereka mengira saiz batu yang perlu diletakkan di atas makam Yahudi berukuran 4.5 kali 5 kaki. Mereka menulis surat kepada saya dan berkata batu itu sekurang-kurangnya seberat 1.5 hingga 2 tan. Encik Deedat, di dalam bukunya, menimbulkan isu bahawa seorang lelaki, atau paling ramai dua orang, menggulingkan batu tersebut ke muka pintu. Oleh itu, satu atau dua orang boleh menggulingkan batu itu sekali lagi. Dikatakan bahawa Yusuf dari Arimathea menggulingkan batu tersebut ke pintu. Jangan paksakan ke atas Bible atau Qur'an apa-apa yang anda tidak paksa ke atas perbualan hari ini. Contohnya, apabila saya datang ke stadium hari itu untuk melihatnya, saya berkata kepada mereka yang membawa saya ke sini, "Bagaimana semua kerusi ini sampai ke sini?". Beliau berkata, "Encik Deedat membawanya ke sini". Encik Deedat, adakah anda sendiri membawa 700 buah kerusi ini ke sini, seorang diri? Tidak! Kerusi-kerusi ini dibawa ke sini oleh ramai orang. Saya boleh berkata yang Encik Deedat meletakkannya di sini. Tetapi saya fikir ada beberapa orang lain yang tolong mengaturkan semua ini. Sejarah mengatakan bahawa Hitler menakluki Perancis. Mungkin beliau boleh berbuat begitu seorang diri di Perancis, tetapi saya tidak fikir beliau akan cuba berbuat demikian seorang diri di Afrika. Mungkin terdapat beberapa orang yang membantu Yusuf dari Arimathea. Juga, anda dapati bila anda patah balik dan memeriksanya anda dapati bahawa terdapat palung di tepi. Mereka meletakkan batu di situ. Mereka mempunyai blok. Dengan ini, tuan-tuan dan puan-puan, anak perempuan saya yang berusia tujuh tahun pun boleh meggulingkannya kerana anda hanya perlu menarik blok, menyebabkan batu itu bergolek ke hadapan dan menempatkannya di hadapan pintu makam. Kemudian seorang pengawal keselamatan ditempatkan di situ. Kaum Yahudi mahukan begitu. Mereka pergi kepada orang Rom dan berkata, berikan kami satu unit pengawal. Perkataan Yunaninya adalah kustodia. Tuan-tuan dan puan-puan, satu kustodia adalah satu unit 16 orang. Setiap orang dilatih untuk mempertahankan kawasan seluas enam kaki persegi daripada satu batalion askar. Setiap pengawal mempunyai empat senjata di badannya. Beliau adalah mesin askar, yang hampir serupa dengan Polis Rumah Tuhan. Kemudian mohor Rom diletakkan di makam tersebut bersama dengan tanda kebesaran Rom. Mohor itu lambang kuasa Empayar Rom. Jenazah Kristus dibalut dalam 100 paun rempah ratus. 1.5 hingga 2 tan batu digolekkan di pintu masuk,unit keselamatan 16 orang berada di situ, dan terdapat mohor Rom. Tetapi sesuatu berlaku. Ini adalah persoalan rekod sejarah: selepas tiga hari, makam itu kosong. Saya tidak perlu membahaskan hal ini. Encik Deedat bersetuju bahawa makam itu kosong. Jadi saya tidak akan membuang masa di sini. Tanda Yunus - saya gembira anda membangkitkan hal ini. Tanda Yunus - tidak perlu mengambil terlalu banyak masa kerana saya tidak rasa perlu. Apabila anda mengkaji sesuatu, anda perlu mengkajinya dalam bahasa dan budaya zaman itu. Anda perlu pergi kepada bahasa Yahudi dan budaya Yahudi pada zaman itu. Bukan budaya hari ini - bukan budaya Afrika Selatan, bukan India, bukan Amerika. Budaya Yahudi-Israel pada masa itu. Mari lihat apa makna tiga hari dan tiga malam. Ester, bab 4, dalam Perjanjian Lama Bible Yahudi Kristian, mengatakan bahawa terdapat puasa selama tiga hari dan tiga malam. Tetapi ia berlanjutan dan mengatakan mereka menyempurnakan puasa pada hari ketiga. Dalam bahasa Yahudi, "selepas tiga hari dan tiga malam" bermakna "pada hari ketiga". Jesus berkata dalam Matius 12:40 beliau akan ditanam selama tiga hari dan tiga malam. Dalam Matius 20, Jesus berkata beliau akan dibangkitkan pada hari ketiga - bukan selepas tiga hari. Kaum Yahudi pergi kepada Jesus dan dalam Matius 27, ayat 63, berkata, "Tuan... penipu itu berkata, 'Selepas tiga hari aku akan dibangkitkan'". Jadi mereka meminta sepasukan pengawal Rom. Perhatikan bahasa di sini. "Oleh itu suruhlah orang mengawal kubur itu baik-baik sehingga hari ketiga", bukan selepas hari ketiga. Mereka tahu apabila Jesus berkata tiga hari dan tiga malam, ia bermaksud sehingga hari ketiga. "Dengan demikian pengikut-pengikutnya tidak dapat mencuri jenazah Jesus". Pada hari Jumaat sebelum jam enam petang, mereka ada tiga jam untuk mengebumikannya. Pengebumian mengambil masa kurang sejam. Dalam Talmud Yahudi dan Talmud Jurusalam Babylon, kaum Yahudi mengira mana-mana bahagian hari, "onan", sebagai sehari penuh. Menurut kaum Yahudi, pada hari Jumaat sebelum jam enam, sebarang minit adalah satu hari dan satu malam. Mulai Jumaat malam jam enam hingga jam enam Sabtu, adalah satu lagi hari dan satu malam. Tuan-tuan dan puan-puan, mengikut pengiraan kaum Yahudi - bukan pengiraan kita - sebarang masa selepas jam enam Sabtu malam adalah satu hari dan satu malam. Kami melakukan perkara yang sama di negara saya. Jika anak saya dilahirkan seminit sebelum tengah malam pada 31 Disember, semasa membayar cukai pendapatan kepada kerajaan, saya boleh anggapkan anak saya telah dilahirkan pada bila-bila masa dalam tahun tersebut - 365 hari dan 365 malam. Apabila pengawal Rom gagal menjalankan tugas mereka, mereka dihukum bunuh. Satu cara hukuman adalah pakaian mereka dibuka dan mereka di tanam hidup-hidup dan pakaian mereka dibakar. Mohor terbuka. Tuan-tuan dan puan-puan, apabila Mohor terbuka, pasukan keselamatan terpaksa mencari orang tersebut, dan bila mereka menemuinya, sesiapa yang memecahkan Mohor akan dihukum salib secara songsang. Batu telah dialih, tuan-tuan dan puan-puan, dan saya meminta Encik Deedat untuk memeriksanya dengan teliti. Wahyu Tuhan yang diturunkan dalam Perjanjian Baru Kristian, asalnya dalam Bahasa Yunani (seperti mana Qur'an dalam Bahasa Arab, Perjanjian Baru dalam Bahasa Yunani), menekankan bahawa batu seberat 1.5 hingga 2 tan digulingkan ke atas, bukan sahaja menjauhi pintu masuk, tetapi juga menjauhi seluruh makam, seolah-olah seseorang telah mengangkatnya. Jika mereka mahu mengalihkan batu tersebut secara diam-diam dan membantu Jesus melepaskan diri, mengapakah bersusah-payah mengalihkan batu seberat 1.5 hingga 2 tan dari seluruh makam. Unit pengawal itu mestilah sedang tidur dengan telinga mereka disumbat kapas jika mereka tidak mendengar batu dialih. Kemudian, menurut Yohanes 20, Mary pergi ke makam. Encik Deedat berkata beliau pergi ke sana untuk mengurap jenazah, dan bahawa "mengurap" bermakna "mengurut". Biar saya beritahu nada sama ada itu betul - tidak betul - tetapi jika itu adalah betul, dan itulah yang dilakukan oleh umat Islam, itu akan membunuh Jesus. Jika saya telah disalib, dan tangan dan kaki saya dipaku, dan belakang saya terbuka luka, 100 paun membaluti saya, saya tidak mahu sesiapa mengurut saya. Perkataan "urap" bermakna "mentahbis". Seperti yang Encik Deedat katakan dapa bukunya, paderi dan raja diurap ketika dilantik ke jawatan mereka. Apabila beliau berkata, "Jangan sentuh saya", Encik Deedat, ia bermakna, "Saya sakit - jangan sentuh aku". Ungkapan seterusnya, Encik Deedat, adalah "Jangan sentuh aku, kerana aku belum naik kepada Bapa". Itulah sebabnya mereka tidak boleh menyentuhnya kerana "Aku belum naik kepada Bapa". Dan beliau berkata, "Sekarang, pergi beritahu murid-muridku yang aku kan naik kepada Bapa". Tidak lama kemudian beliau berkata, "Kamu boleh sentuh Aku. Pegang kakiku". Kenapa beliau berbuat begitu? Wahai tuan-tuan dan puan-puan, inilah yang paling indah. Dalam Perjanjian Lama, di tabernakel, paderi tinggi Yahudi membawa korban ke Tempat Suci. Orang ramai akan menunggu di luar kerana mereka tahu jika Tuhan tidak menerima korban mereka, paderi akan terbunuh. Mereka akan menunggu sehingga paderi besar kembali. Dan apabila paderi besar keluar, mereka kan berteriak dengan gembira. Kerana kata mereka, "Tuhan telah menerima korban kita". Jesus berkata, "Jangan sentuh aku... Aku belum naik kepada Bapa". Di antara masa tersebut dan masa orang lain memegangnya, Jesus telah naik kepada Bapa, mempersembahkan dirinya sebagai korban dan, tuan-tuan dan puan-puan, jika Jesus tidak kembali, jika beliau tidak membenarkan mereka menyentuhnya, ia seolah-olah pengorbanannya tidak diterima. Tetapi saya bersyukur beliau kembali dan berkata, "Sentuhlah aku". Pengorbanannya diterima. Mengenai tubuh fizikal roh Jesus Kristus pula, Encik Deedat, saya fikir kamu perlu mengkaji kitab kami terlebih dulu. Saya juga rasa anda perlu bacanya seperti mana saya mengkaji kitab anda. Anda perlu baca 1 Korintus 15:44, 51. Penjelasan mengenai jasad yang ditinggikan dan tidak musnah. Ia adalah jasad roh, tetapi mempunyai substance. Beliau boleh berjalan menembusi pintu; beliau boleh muncul di kalangan mereka. Beliau tidak perlukan makanan, tetapi beliau makan. Jika tidak, mereka akan berkata, "Kamu hanyalah roh". Tidak, beliau adalah apa yang Bible katakan dibangkitkan semula, jasad yang ditinggikan dan tidak dapat dimusnahkan. Dan jika saya berada dalam bilik itu dan saya tahu saya telah melihatnnya disalib, ditanam dan sebagainya, dan tiba-tiba sedang pintu berkunci beliau muncul di tengah kumpulan itu, saya rasa saya akan ketakutan juga. Tuan-tuan dan puan-puan, Jesus Kristus telah bangkit dari kematian! Terima kasih. BIDASANAhmad DeedatSepanjang 27 buku Perjanjian Baru, tiada satu pun kenyataan oleh Jesus Kristus, "Aku mati, aku kembali dari kematian". Orang Kristian telah mengecam perkataan kebangkitan semula. Berulang kali, ini disampaikan sebagai fakta yang telah dibuktikan. Anda nampak lelaki ini, yang makan seolah-olah beliau dibangkitkan semula. Beliau muncul di bilik tingkat atas - beliau dibangkitkan semula. Jesus Kristus tidak pernah berkata, "Aku kembali dari kematian" dalam 27 buku Perjanjian Baru, tidak sekali pun. Beliau berada bersama mereka selama 40 hari, dan beliau tidak pernah mengucapkan kenyataan in. Berkali-kali beliau membuktikan bahawa beliau adalah Jesus yang sama yang telah terlepas daripada kematian kerana beliau menyamar. Beliau tidak pernah lagi menunjukkan dirinya secara terbuka kepada kaum Yahudi. Beliau telah memberikan mereka tanda. "Tiada tanda yang akan diberikan kepada kamu melainkan tanda Yunus". Tiada tanda melainkan yang ini. Dan beliau tidak pernah kembali ke rumah tuhan di Jurusalam dan berkata kepada mereka, "Aku di sini". Tidak sekali pun. Beliau bersembunyi. Kita tidak akan mengecam perkara yang telah berlalu. Pokoknya di sini ialah Jesus tidak keberatan untuk mati. Beliau datang untuk tujuan ini. Pembacaan saya ke atas kitab menunjukkan kepada saya beliau bukan saja tidak keberatan, tetapi beliau bersedia untuk berhadapan dengan kaum Yahudi. Semasa Jamuan Terakhir, beliau menimbulkan masalah mempertahankan diri dan memberitahu murid-muridnya, "Seperti yang kamu ingat, apabila aku menghantar kamu untuk berdakwah dan merawat, aku memberitahu kamu supaya tidak membawa apa-apa denganmu. Tiada dompet, tiada kayu, tiada tongkat. Adakah kamu kekurangan apa-apa?". Dan mereka berkata, "Tidak, kami tidak kekurangan apa-apa". Tetapi kini beliau memberitahu mereka, "Sesiapa di kalangan kamu yang tidak mempunyai pedang hendaklah menjual pakaian mereka dan membeli pedang". Kamu mesti menjual pakaian kau dan membeli pedang. Soalan saya, apakah yang anda buat dengan pedang? Untuk mengupas epal? Atau untuk memotong leher orang? Apa yang anda buat dengan pedang? Maka salah seorang daripada mereka berkata, "Guru, kita sudah ada dua bilah pedang". Dan beliau berkata, "Itu sudah mencukupi". Dan beliau membawa murid-muridnya - 11 orang semuanya. Judas sudah belot terhadapnya. Sebelas murid dan dirinya berjalan ke Gethsemane. Dan di Gethsemane - bacalah kitab, gospel anda - Jesus meletakkan lapan orang di pintu pagar. Saya bertanya anda, mengapakah beliau pergi ke Gethsemane? Dan mengapakah beliau menempatkan lapan orang di pagar dan memberitahu mereka, "Tinggallah di sini dan berkawal denganku". Maksud beliau, berhenti di sini, dan berkawal. Mengawal apa? Apa yang ada di Gethsemane untuk dikawal? Halaman, kebun zaitun, tempat yang kosong. Apakah yang mereka, murid-murid, kawal lima batu di luar bandar Gethsemane? Kemudian beliau membawa Petrus dan dua orang anak Zebedee, dan sekurang-kurangnya dua daripada mereka mempunyai pedang. Dan beliau membuat barisan pertahanan dalaman dan berkata kepada mereka, "Duduk di sini dan berkawal denganku. Sementara aku pergi dan berdoa... hanya aku yang pergi dan berdoa". Saya tanya anda, mengapa beliau pergi di Gethsemane? Mengapa beliau ke sana - untuk berdoa? Mengapa beliau tidak boleh berdoa di bilik atas semasa Jamuan Terakhir? Mengapa beliau tidak ke rumah tuhan di Jurusalam yang hampir dengan tempat beliau berada. Mengapa ke luar bandar? Dan mengapa tempatkan lapan orang di pagar? Dan mengapa membuat barisan pertahanan dalaman? Beliau pergi jauh sedikit, sujud, dan berdoa kepada Tuhan, "Wahai Bapaku... jika boleh, jauhkanlah cawan ini daripadaku.." Bermaksud, jauhilah kesukaran ini daripadaku, tetapi bukan kerana kehendakku, tetapi kerana kehendak-Mu. Kesudahannya aku serahkan kepada-Mu. Tetapi aku ingin Kau menyelamatkanku. Dan dalam kesedihannya, beliau berdoa bersungguh-sungguh, dan peluhnya seperti darah yang mengalir ke bumi. Adakah begini seseorang pergi untuk membunuh diri? Saya tanya anda: inikah orangnya yang telah ditetapkan untuk pengorbanan; inikah tingkah laku beliau? Beliau peluh dalam kesedihan. Beliau berdoa dengan bersungguh-sungguh, dan peluhnya seperti titisan darah yang jatuh ke bumi. Dan Tuhan mengutuskan malaikat-Nya, kata Bible. Seorang malaikat datang dan menguatkannya. Menguatkannya untuk apa? Dengan keyakinan bahawa Tuhan akan menyelamatkannya. Untuk apa malaikat datang untuk menguatkannya? Untuk menyelamatkannya. Dan daripada semua yang akan berlaku selepas itu. Tuhan merancang untuk menyelamatkannya. Lihat. Hakikat ramalan yang beliau buat adakah beliau akan jadi seperti Yunus - dan kita diberitahu bahawa beliau tidak seperti Yunus. Beliau tidak memenuhi ramalan itu. Yunus hidup, Jesus mati. Kemudian Pontius Pilatus - yang gembira apabila diberitahu bahawa Jesus telah meninggal kerana sepanjang yang beliau tahu tiada sesiapa boleh mati dalam masa tiga jam di batang salib kerana penyaliban seharusnya membawa kematian yang perlahan. Inilah tujuan sebenar penyaliban. Ia untuk menghapuskan orang anti-sosial, seperti mana skuad penembak, atau menggantung, seseorang. Ia adalah kematian yang amat perlahan. Dan tulangnya tidak dipatahkan - kata Bible. Ini memenuhi ramalan. Tulang seseorang - tulang orang mati - sama ada dipatahkan atau tidak, tidak memberi sebarang kesan. Jika tulang tidak dipatahkan, ia hanya berguna jika orang itu masih hidup. Anda lihatlah, selama 2000 tahun, ia adalah pemprograman yang berterusan. Dan Paul telah meletakkan semua gamut agama ini ke satu titik: atas kematian dan kebangkitan semula ini, kerana beliau memberitahu kita dalam 1 Korintus, bab 15, ayat 14, "Jika Kristus tidak dibangkitkan semula dari kematian maka berita yang kami sampaikan dan kepercayaan kamu kepada Kristus sia-sia belaka". Sia-sia! Anda tidak punya apa-apa! Maka sekarang, seperti orang lemas yang berpaut pada jerami, penganut Kristian, bagaimana sekalipun, perlu membuktikan bahawa penyaliban telah membunuh lelaki itu supaya kita semua boleh selamat. Sekarang saya ingin anda, Tuan Pengerusi, tuan-tuan dan puan-puan, untuk membaca buku ini sekali lagi dan keterangannya, perkataan demi perkataan. Jika anda mengkaji ramalan-ramalan tersebut - apa yang Jesus kata, dan tindak-tanduk beliau - ia adalah bukti kukuh bahawa Kristus tidak disalib. Josh McDowellTetapi, tuan-tuan dan puan-puan, apa yang paling menggembirakan saya mengenai kebangkitan semula dan Kristus sebagai Penyelamat saya, ialah Tuhan Yahweh telah berjanji bahawa apabila seseorang mengadakan hubungan ini dengan meminta Kristus mengampunkannya, Kristus yang mati untuk dosa-dosa kita, yang ditanam dan dibangkitkan semula pada hari ketiga, Tuhan itu, Roh Suci, memasuki orang itu dan mengubah mereka. Dan salah satu bukti terbesar adalah hidup saya sendiri. Setelah saya menerima Jesus Kristus sebagai Penyelamat dan Tuhan, mengabdikan kehendak saya kepadanya, dan mempercayainya, tuan-tuan dan puan-puan, dalam tempoh enam bulan ke setahun, atau setahun setengah, bahagian hidup saya yang utama telah berubah. Pertama, saya mempunyai keinginan untuk kehidupan yang suci. Kedua, saya mulai merasakan tenang dan kebahagiaan yang sebenar - bukan kerana tiada konflik - sebaliknya walaupun ada konflik disebabkan ketenangan yang Tuhan berikan melalui Jesus Kristus. Ketiga, saya dalam mengawal kemarahan saya. Saya hampir membunuh seorang pemuda semasa tahun pertama saya di universiti. Saya cepat marah. Setelah saya mempercayai Jesus sebagai Penyelamat dan Tuhan, saya dapati saya dapat mengawal rasa marah saya, dan rasa marah itu hilang! Bukan sahaja rakan-rakan saya perasan akan hal ini, tetapi begitu juga musuh-musuh saya. Hanya sekali sahaja dalam masa 22 tahun saya mempunyai hubungan peribadi dengan Tuhan Yahweh, Bapa, melalui Firman Abadi-Nya, iaitu Anak, hanya sekali saya naik marah. Dia telah memberikan saya kekuatan yang luar biasa untuk mengawalnya. Yang paling penting, tuan-tuan dan puan-puan, saya bersyukur saya dapat berkongsi kasih Tuhan di sini. Bapa saya adalah kaki botol di bandar kami. Saya tidak tahu bila masanya bapa saya tidak mabuk. Kawan-kawan saya di sekolah akan mempersendakan bapa saya kerana beliau memperbodohkan dirinya. Saya tinggal di ladang, dan saya akan pergi ke bangsal dan lihat ibu saya berbaring di dalam parit baja asli - bilik mandi lembu - dan telah dipukul dengan teruk oleh ayah saya. Ibu saya tidak dapat bangun dan tidak dapat berjalan. Suatu petang, dua bulan sebelum saya tamat sekolah menengah, saya kembali ke rumah selepas temu janji. Apabila saya masuk ke rumah, saya dengan ibu saya menangis dengan kuat. Dan saya berkata, "Apa yang tak kena?". Beliau menjawab, "Ayahmu telah mematahkan hatiku. Apa yang ibu mahu buat adalah hidup sehingga kamu tamat sekolah, kemudian ibu mahu mati". Tahukah anda bahawa dua bulan kemudian saya tamat sekolah dan keesokan harinya, Jumaat 13 hari bulan, ibu saya meninggal dunia. Jangan beritahu saya yang orang tidak boleh mati kerana patah hati. Ibu saya mati kerana patah hati, dan ayah saya penyebabnya. Tiada orang yang lebih saya benci. Tetapi tuan-tuan dan puan-puan, apabila saya mempunyai hubungan dengan Tuhan Yahweh, melalui Anak-Nya yang Abadi, Tuhan Jesus Kristus, selepas jangka masa yang singkat, kasih Tuhan telah mengambil alih hidup saya, dan dia telah menterbalikkan rasa benci itu. Demikian sekali sehingga saya boleh melihat ke mata ayah saya dan berkata, "Ayah, saya sayangkan ayah". Dan yang paling bagus ialah saya benar-benar maksudkannya. Saya bertukar ke universiti lain. Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kaki, tangan dan lehar saya cedera parah. Saya dibawa pulang. Bapa saya masuk ke bilik saya. Beliau tidak mabuk kerana beliau sangka saya hampir mati. Beliau bertanya: "Bagaimana kau boleh sayang ayah seperti aku ini?". Saya berkata, "Ayah, enam bulan lalu saya sangat bencikan ayah". Kemudian saya berkongsi dengannya bagaimana saya mendapat kesimpulan yang jelas bahawa Tuhan Yahweh, Bapa, telah menjelmakan dirinya kepada kita melalui Firman Abdi-Nya, Anak-Nya. Dan bahawa Dia telah mati kerana dosa-dosa kita, itulah penderitaan yang dia lalui, Encik Deedat. Jika anda dapat bayangkan semua dosa dalam dunia - hanya dosa anda dan dosa saya sudah memadai. Tetapi dosa semua manusia di bahu Anak. Penderitaan yang disebabkan dosa itu. Dan saya berkata, "Ayah, saya minta Kristus mengampunkan saya. Saya memintanya datang ke dalam hidup saya sebagai Penyelamat dan Tuhan". Saya berkata, "Ayah, sebab itu saya boleh mengasihi dan menerima bukan saja ayah, tetapi juga orang lain seadanya". Saya boleh memandang anda, Encik Deedat, dan berkata, "Saya ikhlas mengasihi kamu.. Tuhan telah memberikan saya kasih untuk kamu. Saya amat mengasihi kamu dan saya ingin kamu mengenali Jesus Kristus sebagai Penyelamat dan Tuhan". Dan akhirnya bapa saya berkata, "Anakku, jika Tuhan boleh lakukan kepada hidupku apa yang aku telah lihat dia lakukan terhadap hidupmu, maka ayah juga mahu mengenalinya". Di situ juga ayah saya berdoa lebih kurang begini: "Tuhan, jika Kau Tuhan, dan Kristus adalah Firman Abdi, Anak-Mu, dan jika Kau dapat mengampunkan aku dan datang ke dalam hidupku dan mengubahku, maka aku ingin mengenali-Mu". Tuan-tuan dan puan-puan, hidup saya berubah dalam tempoh enam bulan ke setahun, ke setahun setengah. Dan masih banyak lagi yang diubah oleh Tuhan. Kemudian, lihat pula ayah saya. Hidupnya berubah di depan mata saya. Encik Deedat, ia seolah-olah seseorang telah menghulurkan tangan dan menyalakan lampu. Tahukah anda bahawa beliau hanya menyentuh wiski sekali-sekala sahaja selepas itu. Beliau hanya membawanya ke bibirnya, itu sahaja. Beliau tidak lagi perlukannya. Empat belas bulan kemudian, beliau meninggal dunia kerana tiga per empat daripada perutnya perlu dikeluarkan akibat meminum minuman keras selama 40 tahun. Tetapi tahukah anda, tuan-tuan dan puan-puan, bahawa dalam tempoh 14 bulan itu ramai ahli perniagaan di kampung saya dan kawasan sekitar mengabdikan hidup mereka kepada Tuhan, melalui Firman Abadi, Jesus Kristus, disebabkan beliau mengubah hidup kaki botol bandar itu. Isteri saya, Dottie, berkata: "Sayang, kerana Kristus dibangkitkan dari kematian, dia hidup. Dan kerana dia hidup, dia mempunyai kapasiti tak terhingga yang melaluinya Roh Suci boleh memasuki hidup seseorang, dan mengubah mereka dari dalam". Itulah sebabnya Kristus yang dibangkitkan semula berkata dalam salah satu daripada 27 buku Perjanjian Baru, "Aku mati, sekarang kau hidup. Beliau boleh berkata, 'Aku berdiri di pintu kehidupanmu dan mengetuknya. Jika sesiapa mendengar suaraku dan membuka pintu, aku akan masuk'". PENUTUPAhmad DeedatTetapi bukan ini yang dikatakan oleh Jesus Kristus. Beliau mahu anda memikul salib sendiri dan menyalib diri anda sendiri. Dengarlah! Beliau berkata, "Bukan dari kalanganku sesiapa yang tidak memikul salibnya dan mengikut aku". Pikul salib kau dan ikut aku. Dengan kata lain, saliblah diri sendiri. Tidak, tidak, tidak. Bukan itu maksudnya. Apa yang beliau maksudkan ialah seperti mana aku memikul tanggungjawabku, kamu hendaklah memikul tanggungjawab kamu. Seperti mana aku berdoa, kamu berdoa. Seperti mana aku berpuasa, kamu berpuasa. Seperti mana aku disunatkan, kamu bersunat. Seperti mana aku lakukan, kamu lakukan. Kamu pikul tanggungjawab kamu. Inilah yang dimaksudkannya. Nah, inilah sistem Islam! Inilah apa yang diajar oleh Islam. Sistem yang menyelamatkan anda setelah bertahun-tahun menjadi kaki botol, setelah bertahun-tahun mencuri 10 sen dari tabung awam; anda dapat baca di sini, di dalam buku Josh. Beliau berkata setiap Ahad, apa yang beliau dapat dari gereja hanyalah memasukkan 25 sen ke dalam tabung dan mengambil 35 sen untuk membeli milk shake. Dan hanya kemudian dalam hidupnya kita temui sesuatu yang dilakukan pada tahap intelek yang tinggi, tetapi kita tidak ada masa untuk membincangkan hal itu. Biar saya akhiri dengan pesanan Jesus, katanya: "Sesungguhnya, aku katakan kepadamu, melainkan amalan baikmu melebihi amalan baik ahli kitab dan Farisi, kamu tidak kan masuk ke syurga". Tiada syurga untuk anda. Itu apa yang beliau katakan; inilah kata-katanya. Dan apa yang berlaku ialah anda tidak menyanggah kata-katanya. Inilah Islam! Melainkan anda lebih baik daripada bangsa Yahudi, tiada syurga untuk anda. Beliau tidak kata darahnya, tetapi amalan baik anda. Anda mesti lebih baik daripada kaum Yahudi. Anda mesti berpuasa seperti mana kaum Yahudi berpuasa tetapi pada tahap yang lebih tinggi; anda mesti bersembahyang seperti mana kaum Yahudi bersembahyang tetapi pada tahap yang lebih tinggi; anda mesti bersedekah seperti mana kaum Yahudi bersedekah tetapi pada tahap yang lebih tinggi. Dan inilah Islam. Jadi, Tuan Pengerusi, tuan-tuan dan puan-puan para juri, saya katakan bahawa kebangkitan semula ini yang dibincangkan oleh Josh di Amerika di bawah tajuk "Hoax or History", saya membuat kesimpulan bahawa seribu juta manusia ditipu di batang salib. Terima kasih banyak, tuan-tuan dan puan-puan. Josh McDowellDalam Rom 8:32, Tuah berfirman, "Allah tidak menghalang anaknya mengalami penderitaan, tetapi mempersembahkan anak-Nya sebagai korban untuk kita semua". Di negara saya, seorang wanita muda ditahan kerana memandu terlalu laju dan dihadapkan ke hadapan seorang hakim. Hakim itu berkata, "Bersalah atau tidak bersalah?", dan beliau berkata, "Bersalah". Hakim mengetuk tukul kau lalu mengenakan denda $100 atau 10 hari penjara. Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku. Hakim itu bangun, menanggalkan jubahnya, meletakkan jubah tersebut di atas kerusi, turun ke bawah dan membayar denda tersebut. Beliau adalah seorang hakim. Anaknya telah melanggar undang-undang. Tidak kita betapa pun beliau sayangkan anaknya, beliau terpaksa berkata $100 atau 10 hari penjara. Tetapi beliau cukup mengasihinya sehingga beliau sanggup turun dan membayar denda itu sendiri. Ini adalah contoh jelas apa yang Tuhan Yahweh telah wahyukan melalui Firman Suci-Nya. Tuhan mengasihi kita. Kristus mati untuk kita. Bible dengan jelas telah menunjukkan bahawa akibat dosa ialah maut. Maka Tuhan pun menetapkan hukuman. Tetapi, tuan-tuan dan puan-puan, Dia amat mengasihi kita sehingga beliau sanggup menanggalkan jubah hakim-Nya dan turun ke bumi dalam bentuk manusia, iaitu Jesus Kristus. Dan disalib untuk menebus dosa kita. Dan kini, Dia berkata, "Aku berdiri di depan pintu kehidupanmu dan mengetuknya. Jika sesiapa terdengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk". Ya, Encik Deedat, satu bilion Kristian dibawa di atas batang salib. Saya percaya Tuhan menjadikannya tunggangan ke syurga dengan menumpahkan darah anak-Nya. Terima kasih banyak, tuan-tuan dan puan-puan, kerana memberikan saya sebagai orang asing peluang untuk datang ke sisi, dan Encik Deedat, saya amat terhutang budi kerana memberikan saya peluang ini. Dan jika kamu datang ke negara saya, kita akan makan malam bersama. Terima kasih.
|
|
|