Index | Agama | Renungan | Pendidikan | Sosial-Budaya | Politik | Hukum

Sastra | Wanita | Cerita Humor | Dapatkan Beasiswa | Alamat Email Media Masa

KUMPULAN ARTIKEL TENTANG INDONESIA

BELAJAR HIPNOTIS CEPAT

BELAJAR SULAP MAGIC

MENGASAH KECERDASAN BAYI, BALITA DAN ANAK ANDA

Cara Meningkatkan Kecerdasan, Konsentrasi dan Daya Ingat
Cara Menambah Tinggi Badan
Miningkatkan Percaya Diri
Cara Menurunkan Berat Badan
Bebas Stress - Mengatasi Stress dan Marah
Terapi Gelombang Otak Untuk Anak Autis

Brain Game - Permainan Gelombang Otak - Narkoba Digital

Out Of Body - Belajar Lucid Dreaming dan Out Of Body Travell
Alpha Theta Meditation - Untuk Yang Suka Meditasi
Aura Booster - Membuka dan Memperkuat Aura Anda
Mempercepat Penyembuhan Penyakit dan Menjaga Kesehatan
Deep Sleep - Tidur Lebih Nyenyak dan Mengatasi Gangguan Tidur
Anti Aging - Perawatan Kulit Awet Muda dan Bebas Jerawat
Cepat Langsing - Menurunkan Berat Badan
Male Sex Power -  Pria Perkasa & Cara Memperbesar Penis
Female Sex Power - Peningkatan Daya Seks Untuk Wanita
Menambah Nafsu Makan Anak dan Orang Dewasa
Anti Aging - Perawatan Kulit Awet Muda dan Bebas Jerawat

 

From: Mario Gagho <gagho@y...> 
Date: Sun Sep 29, 2002 2:34 pm
Subject: martabat Melayu

catatan: 

1- zaman dulu, melayu menjadi suku kebanggaan. semua orang ingin jadi melayu.
sekarang melayu itu identik dg hal2 negatif yg selalu ingin kita hindari tapi
susah untuk tidak melakukannya: kemalasan, berangan-angan jauh ke depan tanpa
usaha yg real, selalu ingin senang2 tanpa kerja dan atribut2 negatif yg lain.

2- jangan salah, secara sosio-kultural saat ini yg dimaksud dg melayu adalah
semua bangsa indonesia yg non-cina. jadi jawa, padang, sunda, betawi, makassar,
dll termasuk dalam kategori 'melayu'.

krn. itu lah Hamka sangat peduli untuk merubah pola pikir melayu yg bermental
anak jajahan menjadi bermental positif yg bermartabat. silakan ikuti salah satu
buah pikir Hamka soal melayu di bawah ini yg saya ambil dari:
http://members.tripod.com/skypin/rencana/renc74.html
Martabat umat Melayu menurut Hamka
Oleh:SIDDIQ FADZIL
HAMKA adalah putera besar Alam Melayu yang tampil pada saat umat mengalami
kegawatan menangani pelbagai persoalan berat yang diakibatkan oleh penjajahan
dan proses pembaratan. Sebagai ilmuwan, pemikir Hamka memberikan perhatian yang
serius terhadap isu kemelayuan dan keislaman dalam konteks permasalahan
tersebut.

Menyelami jiwa dan minda Hamka menerusi karya-karya tulisannya, kita dapat
menemukan kesegaran roh keislamannya dan kekentalan semangat kemelayuannya.
Kedua-dua unsur tersebut menyatu secara harmonis membentuk wataknya. Dengan
ungkapan lain, Melayu Hamka adalah kemelayuan yang telah menyerap roh keislaman
sepenuhnya.

Dalam menerima hakikat persempadanan politik yang memecahkan kepulauan Melayu
kepada negara Indonesia dan Tanah Melayu (Malaysia), namun sebagai seorang yang
mempunyai kesedaran sejarah dan budaya, serta semangat ukhuwah yang mendalam,
Hamka tetap tidak dapat melepaskan dirinya daripada ikatan kemelayuan yang
serumpun seagama, serantau sebudaya. 

Sebagai seorang Melayu, Hamka mencintai seluruh bumi Melayu tanpa membezakan
antara yang bernama Sumatera atau yang bernama Tanah Melayu. 

Demikian mendalamnya cinta Hamka terhadap umat dan bumi Melayu sehingga ketika
Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, beliau ikut menyambutnya
dengan penuh rasa terharu.

Untuk memahami kepeloporan Hamka dalam perjuangan Melayu, kita perlu pula
memahami definisinya tentang orang Melayu, Hamka tidak menanggapi Melayu dalam
pengertian sempit etnik yang dicirikan oleh darah dan daerah. Menurutnya, sudah
tidak ada lagi orang yang benar-benar berdarah Melayu murni. Untuk
mendefinisikan Melayu, beliau mengambil kriteria yang digunakan oleh Rasulullah
s.a.w ketika mendefinisikan Arab iaitu siapa sahaja yang berbahasa Arab.
Demikian pulalah Hamka mentakrifkan Melayu, iaitu setiap orang yang berbahasa
Melayu - berfikir, merasa, menangis dan ketawa, tidur dan bangun dalam bahasa
Melayu. Pentakrifan bangsa berasaskan bahasa bertepatan pula dengan pepatah
Melayu ``bahasa menunjukkan bangsa''. Memang bahasa adalah cerminan jiwa dan
pancaran budi. Kerana itu terdapat pula ungkapan ``bahasa jiwa bangsa'' di
samping rangkaian kata ``budi bahasa''.

Selain mencirikan bangsa, bahasa Melayu juga memainkan peranan utama sebagai
pemersatu rumpun Melayu yang terpisah-pisah dalam ribuan pulau dan ratusan
dialek bahasa. 

Bahasa yang mampu menjadi wahana perpaduan itu menurut Hamka harus bahasa yang
murni, iaitu bahasa Melayu yang tidak terlalu banyak menyerap kalimat-kalimat
Jawa, Sanskrit atau yang selainnya. Meskipun namanya sudah menjadi bahasa
Indonesia, tetapi pada hakikatnya ia adalah bahasa Melayu.

Bertolak daripada hakikat itulah Hamka memperjuangkan bahasa Melayu dan
memelihara kemurniannya dengan penuh rasa cemburu. Bukan beliau tidak menyedari
bahawa bahasa harus dinamik, maju dan berkembang, dan untuk itu ia harus
bersedia meminjam dan menyerap kata-kata asing seperlunya. Yang beliau tentang
ialah keinginan untuk mencabut bahasa Indonesia dari akarnya iaitu bahasa
Melayu. 

Sementara itu berlaku pula proses peminggiran tulisan jawi akibat himpitan
tulisan rumi. Ini terjadi di Indonesia dan kemudian diikuti oleh Malaysia.
Penggantian jawi dengan rumi adalah sebahagian daripada proses pembaratan dan
pendangkalan Islam yang tentu sahaja didalangi oleh penjajah. Dalam konteks
Malaysia ini dilakukan menerusi strategi pemberian citra yang segar kepada
tulisan rumi sebagai lambang kecerdasan, dan citra sebaliknya untuk tulisan
jawi.

Selain bahasa, ciri kemelayuan yang lebih penting lagi ialah Islam. Hamka
menyedari adanya kelompok rumpun Melayu yang tidak beragama Islam, namun beliau
tetap melihat bahawa nama Melayu memang tidak dapat dipisahkan daripada Islam
berasaskan hakikat bahawa kebanyakan orang Melayu adalah Muslim. Keislaman umat
Melayu Muslim itulah yang selamanya menjadi tumpuan perhatian dan keprihatinan
Hamka. Baginya, Islamlah yang menjadi teras kekuatan mereka dan sekali gus
menjadi faktor pemersatu yang mendasari semangat kebangsaan.

Hamka adalah ilmuwan-pemikir Melayu yang menyaksikan gelora kebangkitan umat
menentang penjajahan, merebut kemerdekaan dan membangun kemajuan. Hamka jelas
ikut terhimbau lalu berusaha menanganinya dalam konteks umat Melayu.

Antara yang diberikan perhatian oleh Hamka ialah masalah jiwa hamba dan
pemikiran anak jajahan. Kerana itu dalam menghargai kemerdekaan tanah air,
beliau memperingatkan kemerdekaan yang lebih asasi iaitu kemerdekaan jiwa.
Kemerdekaan jiwa yang beliau maksudkan ialah kekuatan iman dan budi. Kerana itu
kemerdekaan negara harus dimanfaatkan sebagai wahana mengangkat martabat umat.

Dalam rangka memperkasa umat dan membina jiwa merdeka itulah Hamka melihat
Islam (ajaran tauhid) sebagai ``sumber tenaga kemerdekaan jiwa yang
sebenarnya.'' Bagaimanapun, ada kekesalan yang disuarakan oleh Hamka apabila
beliau menyatakan, ``Cuma sayang, kerana kesedaran di dalam menegakkan agamanya
tidak tegas dan jelas, kaum Muslimin yang gagah berani itu kebanyakan hanya
dipergunakan tenaganya guna membina kekuasaan orang lain. Setelah orang lain
berkuasa, kaum Muslimin itu disingkirkan dan dilarang keras atau
dihambat-hambat agar jangan sampai menuntut haknya yang suci'' (Hamka,
1971;205).

Hamka tidak cuma mengajak umat memerdekakan jiwa, tetapi beliau sendiri dilihat
sebagai contoh watak manusia berjiwa merdeka. Pemikirannya yang kritis adalah
manifestasi kemerdekaan jiwanya. Demikian juga sikap dan tindakan-tindakannya
dalam pelbagai peristiwa. Sebagai eksponen faham pembaharuan, beliau
memperlihatkan simpati dan dukungan terhadap ``Kaum Muda'', tetapi setelah
menyaksikan perpecahan umat yang diakibatkan oleh konflik ``kaum Tua-kaum
Muda'' itu beliau menyatakan ketidaksenangannya terhadap konflik seperti itu. 

Sementara itu dapat pula dikesan rasa jijik dan mualnya apabila (sekitar
pertengahan tahun-tahun 1960-an) beliau menyaksikan fenomena pengkhianatan kaum
intelektual kerana merebut kepentingan peribadi. Fenomena ini diungkapkannya
dengan kata-kata, ``Ada yang mengungkapkan dengan kata-kata yang lebih kasar,
yaitu `kaum intelek yang melacurkan diri'' mengkhianati ilmu pengetahuan, lalu
menjadi `badut-badut' yang setia, mengilmiahkan kebohongan.'' (Hamka, 1971:
244-246)

Demikianlah Islam sebagai pembangun jiwa merdeka. Dalam sejarah pembinaan
semangat kebangsaan di rantau ini, Islam jugalah yang pertama berperanan
menumbuhkan rasa kesatuan ummatik. Ternyata Hamka dapat menerima ``kebangsaan''
dengan catatan ia tidak bererti cauvinisme. Dalam polemik antara golongan
nasionalis neutral agama dengan golongan yang sama sekali menolak konsep
kebangsaan, tampaknya Hamka berusaha memahami kedua-dua pihak, lalu mengambil
jalan menyerasikan nasionalisme dengan Islam. Untuk itu beliau mensyaratkan
nasionalisme harus berlandaskan Islam. Jika tidak ia akan menjadi Cauvinisme,
perkauman sempit yang bersikap angkuh dan degil, ``yang di awak segala benar,
yang diorang segala bukan!'' Semangat semacam Hitlirisme itu pasti akan membawa
kehancuran sebagaimana yang terjadi kepada Jerman. (Hamka, 1981:199).

Sebagai ulama, Hamka cukup memahami persoalan mengaplikasikan Islam dalam
konteks sosiobudaya Melayu. tulisan-tulisnya tentang agama tidak sekadar
pemaparan ajaran Islam dalam bentuk teks tanpa konteks. Beliau ternyata cukup
peka dengan realiti zaman dan lingkungannya dan berusaha membuktikan bahawa
Islam memang sesuai dengan setiap masa dan nusa. Tafsir al-Azhar yang
menumental itu banyak sekali mengandungi bahan-bahan tempatan baik berupa
sejarah mahupun budaya serantau. Dalam kaitan ini, beliau membahas
masalah-masalah seperti pusaka tinggi dalam Adat perpatih dan isu raja-raja
perempuan dalam sejarah kesultanan Aceh. Mungkin inilah yang disebut sebagai
fikah Indonesia seperti yang digagaskan oleh rakan seangkatannya. Hasbi
al-Siddiqi. Hamka tampaknya kecewa kebudayaan Islam rantau ini kurang
diperkenalkan ke dunia luar.

Nyatalah Hamka memang tokoh istimewa yang bersifat multidimensi;
sasterawan-sejarawan, ilmuwan-budayawan dan ulama pemikir yang terkenal sebagai
singa podium dan pahlawan pena.

BACK

Index | Agama | Renungan | Pendidikan | Sosial-Budaya | Politik | Hukum

Sastra | Wanita | Cerita Humor | Dapatkan Beasiswa | Alamat Email Media Masa

KUMPULAN ARTIKEL TENTANG INDONESIA

             
     
             
1