APAKAH
hukumnya isteri yang melarikan diri ke rumah emak kerana tidak tahan dihina
dan dimaki hamun setiap hari dengan perkataan keji oleh suami? Bahkan suami
juga kerap menghalau isteri setiap kali bertengkar.
Pernah suami
saya menghantar surat yang memberi syarat mesti balik dalam tempoh tertentu.
Adakah jatuh talak jika isteri tidak balik dalam tempoh yang ditetapkan?
Ateh,
Selangor
JAWAPAN
Dalam keadaan
biasa, isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin atau lari. Namun dalam
masalah puan, suami mengabaikan tanggungjawab berbuat baik pada isteri
serta tidak menghormatinya.
Jika isteri
lari kerana alasan tidak tahan didera emosi oleh suami, dia wajar menyelamatkan
dirinya. Jika dalam surat suami menyatakan jika isteri gagal balik dalam
tempoh tertentu dia akan diceraikan, maka cerai (talak) akan jatuh jika
syarat itu tidak dipenuhi.
|