EMPAT tahun lalu
saya pernah bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan rakan-rakan dan hanya
bersaksikan orang yang tidak dikenali.
Malangnya,
perkahwinan kami tidak bertahan lama. Suami saya menghilangkan diri dan saya
ditinggalkan begitu saja selepas beberapa bulan kami berkahwin.
Masalahnya, saya
kini tidak tahu status saya, adakah saya masih isteri orang? Bagaimana saya
boleh berkahwin lagi?
JAA,
Klang, Selangor
JAWAPAN
Perkahwinan tidak
berdaftar tanpa wali sah, saksi yang dikenali atau lebih mudah, sindiket, memang
akan menimbulkan masalah dan kerugian besar
bagi wanita.
Jika awalnya sudah
bermasalah, tentu sukar juga mencari penyelesaian di penghujungnya.
Berdasarkan
keterangan itu, puan masih berstatus isteri dan terpaksa berusaha untuk mengesan
suami untuk meminta dia melepaskan puan.
Jika tidak, rujuklah
pada surat nikah adakah ia menganduni seperti jatuh talak jika suami
menghilangkan diri, barulah kedudukan ouan dapat dipastikan.
|