| BOLEHKAH
seseorang isteri menolak untuk melakukan hubungan kelamin bersama suaminya
kerana mengetahui si suami sering mengunjungi rumah pelacuran?
Berdosakah
isteri kerana beliau memikirkan kesihatan dirinya bagi mengelakkan berlaku
jangkitan penyakit kelamin hasil hubungan seks rambang suaminya?
Adakah berdosa
jika isteri meminta cerai jika suaminya disahkan mempunyai penyakit kelamin?
SERBA SALAH,
Kuala Lumpur
JAWAPAN
Manusia dituntut
menjaga dirinya dan Allah memerintahkan kita supaya jangan mencampakkan
diri dalam bahaya dan mudarat.
Jika menolak
hubungan kelamin untuk menjaga diri daripada penyakit kerana bimbang dijangkiti
suami yang sering ke tempat pelacuran, ia adalah harus.
Isteri tidak
berdosa kerana menuntut cerai, bahkan Islam memberi kemudahan dan perkahwinannya
boleh difasakhkan jika suami disahkan menghidap penyakit kelamin yang berbahaya
dan boleh memudaratkan isteri.
|