|
| 83. Hukum suami enggan cerai isteri BERDOSAKAH saya kerana tidak mahu menceraikan isteri walaupun dia berkali- kali meminta saya berbuat demikian. Walaupun berpendapatan kecil dan sering menghadapi masalah kewangan tetapi saya cuba menunaikan tanggungjawab sebagai suami sebaik mungkin. Malangnya masalah kewangan inilah yang menjadi punca isteri menuntut cerai. Apakah yang perlu saya lakukan? SYAH, Kuala Terengganu JAWAPAN Isteri meminta cerai tanpa sebab munasabah adalah berdosa. Suami menyusahkan isteri dengan kehidupanpun berdosa. Merujuk pada pendapat Zaidan (8/475) tidak harus diceraikan suami isteri kerana sebab tidak mampu kecuali atas sebab tidak kufuk. Allah menjanjikan kekayaan bagi mereka yang berkahwin. Jika isteri sanggup bersabar pahala besar untuknya, bahkan digalakkan isteri membantu kewangan suami atau memberi hutang. Bagaimanapun kehidupan suami isteri adalah untuk mencari kedamaian dan kebahagiaan. Cubalah mencari kerja tambahan untuk menampung keluarga ataupun lepaskanlah dia dengan sebaiknya dan jangan menyusahkan dia. Balik |