82. Solat pakai minyak wangi beralkohol
ADAKAH sah sembahyang seseorang itu jika dia menggunakan bahan kecantikan beralkohol seperti minyak wangi dan terkena pada pakaiannya?
SITI, Masai, Johor
JAWAPAN
Sudah disepakati alkohol yang ada dalam minyak wangi bukanlah alkohol yang menyebabkan tidak sah solat.
Bagaimanapun perkara ini masih termasuk dalam perkara shubahat.
Kita ada dua pilihan; menggunakannya jika mahu atau mengelakkannya.
Mereka yang mengelakkan dari menggunakan barang shubahat akan memelihara agamanya dari tercemar.
Tepuk dada tanyalah selera.
Balik |