81. Bawa pulang lauk kenduri
DI kampung saya kerja kenduri masih lagi dilakukan secara bergotong-royong tetapi sejak akhir-akhir ini ada antara mereka yang mengambil kesempatan dengan membawa balik lauk pauk ke rumah sedangkan jemputan masih ramai. Pernah juga berlaku tidak cukup lauk untuk jemputan dan menyusahkan tuan rumah kerana terpaksa menyediakan hidangan lain. Apakah hukumnya perbuatan ini sedangkan mereka sekeluarga dijemput makan di rumah yang mengadakan kenduri?
MAS, Temerloh, Pahang.
JAWAPAN
Mereka yang dijemput ke kenduri, wajib memenuhi jemputan jika tiada keuzuran. Bagaimanapun tuan rumah menjemput untuk makan di sana dan buka untuk dibawa lauk-pauk balik.
Mengambil lauk-pauk tuan rumah tanpa pengetahuannya samalah seperti mencuri dan hukumnya berdosa serta menyusahkan pula saudara Islam. Bahkan jika membawa orang yang tidak dijemput tuan kenduri pun dikira berdosa dan haram; umpamanya tuan rumah menjemput suami isteri saja tetapi dia membawa semua keluarganya.
Balik |