|
| Istighfar elak gangguan syaitan Dr Mashitah menjawab 01 September 2001 Soalan SAYA sangat ragu mengenai suatu perkara yang sering mengganggu fikiran saya iaitu sering terbayangkan wajah Allah s.w.t. Apabila sendirian atau cuba menenangkan fikiran, saya mula terbayang-bayang wajah-Nya. Adakah perbuatan saya ini dikatakan syirik di dalam Islam? Apa yang sewajarnya saya lakukan untuk menangani masalah ini? Kiriman: Insan Ragu, Ulu Tiram, Johor. Jawapan ALLAH adalah zat yang tidak boleh dibayangkan oleh manusia kerana akal manusia lemah untuk sampai boleh melihat zat Tuhan atau wajahnya. Jika terbayang perkara demikian jelaslah bahawa ia adalah bisikan syaitan. Untuk menangani perkara ini sebaiknya bila saja terbayang sedemikian lawan perasaan itu dan ucapkan istighfar hinggalah hilang daripada bayangan. Sebaiknya bukanlah membayangkan saudara melihat Tuhan tetapi peringkat kita manusia biasa ialah membayangkan yang kita sedang diperhatikan Allah. Antara bisikan syaitan ialah membayangkan pada manusia gambaran Tuhan sedangkan al-Quran berkata: “Tiada yang menyerupai Tuhan.” Dato Dr. Masitah |