79. Perbezaan anak susuan, anak angkat
ADAKAH ibu angkat perlu menutup auratnya di depan anak angkat lelaki yang dipelihara sejak dia dilahirkan?
Jika begitu, adakah sentuhan antara ibu dan anak angkat dikira berdosa? Adakah wanita itu perlu menutup auratnya jika anak itu adalah juga anak susuannya?
SYAH, Kulim, Kedah
JAWAPAN
Hubungan anak angkat dengan ibu angkat adalah seperti hubungan orang luar dalam masalah aurat, batal wuduk, pusaka dan sebagainya. Sentuhan jika bermaksud bersalaman kerana menghormatinya adalah tidak berdosa.
Anak susuan berbeza dengan anak angkat. Anak susuan menikmati keistimewaan seperti anak sendiri, kecuali dalam masalah pusaka dan wali saja. Dengan ini, anak susuan auratnya sama seperti anak sendiri.
Balik |