78. Guna wang suami sekadar perlu
BOLEHKAH isteri mengambil wang suami tanpa pengetahuannya kerana suami tidak memberi nafkah atas alasan isteri bekerja, sedangkan gaji isteri jauh lebih rendah?
Apakah hukumnya menggunakan wang itu untuk membeli keperluan harian dan belanja sekolah anak?
AS, Pahang
JAWAPAN
Harus hukumnya seorang isteri mengambil wang suami sekadar yang diperlukan jika suami tidak mahu memberi nafkah wajib ke atasnya. Apalagi jika wang itu digunakan untuk keperluan harian dan perbelanjaan anak.
Isteri yang bekerja tidak dikira banyak atau sedikit gaji, tidak menggugurkan kewajipan suami memberi nafkah.
Bagaimanapun, jika isteri dengan rela hati membantu suami dengan gajinya, isteri akan mendapat pahala yang sangat besar.
Balik |