77. Berdosa jika minta cepat mati
ADAKAH saya berdosa jika saya merasakan dunia ini tidak adil kerana mengenangkan nasib yang tidak sebaik orang lain dan memohon pada Allah supaya cepat mati?
TASYA, Kelantan
JAWAPAN
Memang berdosa jika kita sering meminta mati dan berasa Allah yang mentadbir dunia ini tidak adil dalam pembahagian rezeki pada manusia.
Allah maha adil dalam pentadbiranNya dan maha mengetahui kenapa seseorang itu dipanjangkan atau dipendekkan umur.
Nabi mengajar kita supaya berdoa jika mati itu baik, maka mintalah dimatikan. Jika hidup itu baik, maka mintalah dipanjangkan umur dan bukannya meminta mati.
Manusia berasa nasibnya tidak baik kerana dia gagal melihat hikmah di sebalik setiap takdir dan kejadian Allah.
Cubalah melihat nasib orang lain yang lebih buruk supaya anda berasa bersyukur dan bertuah.
Balik |