76. Sedekah, fidyah hanya untuk golongan miskin
ADAKAH anak yatim termasuk dalam golongan miskin (terutama yang tinggal di rumah anak yatim)?
Bolehkah bayaran fidyah diberikan kepada mereka?
Adakah niat ketika membayar fidyah itu perlu dilafazkan atau memadai berniat dalam hati tanpa memberitahu penerimanya?
MUSYKIL, Seremban
JAWAPAN
Anak yatim tidak semestinya miskin kerana ada anak yatim yang berharta.
Bagaimanapun, jika anak yatim itu kebetulan juga miskin, sedekah dan fidyah diberikan kepadanya atas dasar dia miskin dan bukan kerana dia anak yatim.
Dengan alasan miskin inilah harus dia menerima sedekah, zakat dan fidyah.
Niat tidak semestinya dilafazkan, tetapi jika dilafazkan dengan tujuan si penerima dapat berdoa kepadanya, adalah lebih baik.
Balik |