75. Jimak tiga hari di bulan Ramadan
SAYA tinggal di selatan dan isteri saya tinggal di utara tanah air. Ketika saya berjumpa isteri pada Ramadan lalu, kami telah berjimak tiga hari berturut-turut pada siang hari. Sebelum melakukannya kami telah membatalkan puasa dengan minum air.
Adakah kami perlu berpuasa dua bulan berturut-turut? Atau adakah dua bulan berturut-turut itu denda bagi satu hari (jika tiga hari bermakna kena berpuasa sembilan bulan?)
Jika tidak mampu, bagaimanakah kami boleh membayar kifarahnya? Adakah kifarahnya perlu dibayar tiga kali ganda?
HAMDAN, Johor Bahru.
JAWAPAN
BERJIMAK disiang hari bulan Ramadan berdosa dan batal puasa.Perlu qada puasa dan kafarah puasa sebanyak dua bulan berturut-turut atau memberi makan 60 orang miskin.
Denda ini adalah bagi satu hari batal dengan berjimak. Jika tiga hari maka kafarahnya juga berganda iaitu sembilan bulan atau beri makan 180 orang miskin.
Bagaimanapun, jika saudara berbuka terlebih dulu dengan minum air maka yang wajib cuma membayar puasa yang terbatal saja.
Segalanya tergantung pada niat sendiri jika sengaja berbuat demikian dalam keadaan saudara memang tahu hukumnya, hukum berbuka itu sendiri sudah berdosa besar.
Balik |