|
| 73. Jatuh talak kerana gurauan ADAKAH jatuh talak ke atas isteri jika suami berkata ‘saya sudah ceraikan dia’ kepada teman wanitanya? Dia dimaksudkan adalah isterinya yang bertujuan meyakinkan teman wanitanya. Adakah jatuh talak walaupun dia tidak berniat untuk menceraikan isterinya? ISTERI RUNSING, KL JAWAPAN Talak atau cerai tidak boleh dipermainkan. Rasulullah saw telah berpesan supaya kita tidak mempermainkan soal cerai kerana ia perkara serius yang tidak boleh dipermainkan. Jika dia berkata tanpa sedar atau tanpa niat serta tidak faham hukum, maka tidak jatuh talak. Bagaimanapun, ada sebahagian ulamak yang berpegang pada hadis yang mengatakan bergurau dengan talak juga dianggap serius serta jatuh. Sebaiknya soal cerai dan kahwin ini usah dipermainkan. Balik |