69. Isteri tiada hak jatuh talak
SUAMI saya telah bercerai dengan isteri mudanya beberapa tahun lalu. Saya memberi syarat, jika dia kembali kepada isteri mudanya maka akan jatuh talak ke atas saya dan dia mempersetujuinya.
Selepas tiga tahun perkara itu berlaku, barulah saya tahu dia sebenarnya sudah merujuk kembali dengan isteri mudanya dan merahsiakan hal ini.
Walaupun mengetahui perkara itu, kami masih mengadakan hubungan kelamin seperti biasa sehinggalah beberapa bulan lalu saya teringat kata-katanya dulu.
Saya merujuk kepada imam di kampung dan katanya sudah jatuh talak. Kini kami tinggal berasingan tetapi dia tetap memberi nafkah dan sering pulang ke rumah.
Adakah kami perlu bernikah semula? Adakah anak yang lahir dalam tempoh itu dikira sebagai anak luar nikah?
MIMI, Ampang, Selangor
JAWAPAN
SYARAT yang diberikan isteri pada suami itu sebenarnya hanyalah sekadar janji antara suami dan puan saja.
Walaupun dia bersetuju tetapi puan sebagai isteri tidak berhak menjatuhkan talak pada suami.
Dalam kes puan hubungan suami isteri itu adalah masih sah cuma suami berdosa kerana engkar pada janji.
Bagaimanapun, untuk kepastian, sebaik-baiknya rujuklah pada jabatan agama yang terdekat.
Balik |