|
| 67. Talak terpaksa tidak sah ADAKAH sah sesuatu perceraian itu jika talak dilafazkan dalam keadaan terpaksa? Saya melafazkan talak ketika diugut isteri dan kakak ipar. Dalam satu pergaduhan dengan isteri, dia memegang pisau dan mengugut akan mencederakan saya jika kemahuannya untuk bercerai tidak dipenuhi. Ketika kejadian, kakak ipar saya turut menyokong tindakan adiknya, menyebabkan dia bertambah berani. Adakah saya berdosa menceraikannya untuk menyelamatkan diri dan mengelakkan kejadian buruk berlaku? SUSAH HATI Pulau Pinang JAWAPAN Talak tidak sah jika dipaksa melakukannya kerana satu daripada syaratnya ialah melakukannya dalam waras dan sedar. Jika saudara terpaksa menyebutnya demi menyelamatkan nyawa, talak itu tidak sah. Menyelamatkan nyawa itu wajib. Jadi, insyaAllah tidak berdosa menyebut talak itu kerana ada kepentingan lain yang perlu diselamatkan. Balik |