65. Haram tonton filem lucah
SEJAK mengambil pil perancang, saya berasa kurang keinginan untuk melakukan hubungan kelamin dengan suami.
Ini menyebabkan saya susah hati dan berasa bersalah kerana kurang melayan kehendak suami.
Adakah saya dan suami berdosa jika kami menonton cerita lucah untuk membangkitkan keinginan?
INGIN TAHU, Kedah
JAWAPAN Menonton filem lucah adalah haram dan berdosa, walaupun dengan tujuan untuk hubungan seksual suami isteri.
Niat yang baik tidak boleh menghalalkan sesuatu yang haram kerana ia tetap haram.
Jika punca hilang nafsu adalah kerana kesan ubatan yang diambil, maka untuk mengembalikan rasa berahi itu juga tentu ada ubatnya. Usah dekati benda haram kerana padahnya lebih banyak daripada faedah.
Balik |