64. Hukum solat dalam gelap
SAYA selalu sembahyang Isyak lewat, iaitu ketika ahli keluarga sudah tidur.
Disebabkan rumah saya kecil, saya tidak membuka lampu ketika bersembahyang kerana tidak mahu mengganggu ahli keluarga.
Ini menimbulkan keraguan kepada saya. Apakah hukumnya bersembahyang dalam gelap?
ZAM, Muar, Johor
JAWAPAN Sembahyang dalam gelap harus jika ia boleh memberikan rasa khusyuk, apalagi jika sengaja dilewatkan bila semua orang tidur demi mencari ketenangan. Namun jika menimbulkan keraguan pada pihak tertentu, eloklah dibuat dalam suasana terang.
Nabi Muhammad s.a.w sendiri bila ada orang yang ragu mengenai wanita yang berjalan dengannya ialah isterinya, segera dia jelaskan. Pesan Baginda: “Tinggalkan yang ragu dan buat apa yang tidak meragukan.”
Balik |