63. Anak luar nikah dibin Abdullah
SEMBILAN tahun lalu saya dan isteri pernah terlanjur ketika bercinta. Hubungan itu terputus sebaik beliau mengetahui dirinya mengandung. Hanya selepas setahun, saya mendapat berita beliau melahirkan anak lelaki dan apabila diselidik, beliau mengakui bayi itu anak saya. Tiga bulan selepas itu kami berkahwin dan kini mempunyai dua anak.
Masalahnya, anak lelaki tadi bertanya kenapa dia dibinkan dengan Abdullah dan bukan nama saya seperti adik-adiknya. Saya pernah terbaca anak boleh dibinkan dengan nama bapa walaupun berkahwin lewat dan adakah kes saya termasuk dalam kategori sama? Bolehkah dia dibinkan dengan nama saya sebab kami menikah selepas dia dilahirkan.
Bapa resah, Kuantan
JAWAPAN Anak tuan tidak boleh dibinkan kepada tuan kerana ia dilahirkan setahun dulu sebelum tuan berkahwin. Hanya bayi yang dilahirkan sekurang-kurangnya enam bulan dua lahzah (detik) selepas berkahwin diberi kelonggaran untuk dibinkan pada ayahnya.
Memang anak ini akan tertanya-tanya kedudukannya. Tunggulah sehingga dia dewasa dan boleh menerimanya dan berterus teranglah padanya. Yakinkan anak itu bahawa bukan kesalahannya, tetapi kesalahan dan dosa ibu bapanya.
Balik |