62. Puasa qada tak perlu ganda
ADAKAH benar seseorang itu perlu menggandakan bilangan puasa qada jika ia dilakukan pada tahun berikutnya dan berganda lagi mengikut bilangan tahun? Contohnya, jika seseorang itu tidak berjaya mengqada puasa tiga hari tahun ini dia perlu berpuasa enam hari pada tahun depan, selain membayar fidyah. Bolehkah fidyah diganti dengan wang? Jika boleh, berapakah nilainya mengikut keadaan sekarang?
Syikin, Shah Alam
JAWAPAN Puasa tidak perlu digandakan jika tertunggak dan tidak terbayar pada tahun berikutnya, sebaliknya yang perlu digandakan ialah fidyahnya saja. Yakni jika tertinggal puasa tiga hari tahun ini dan tidak dibayar selepas dua tahun, yang wajib dilakukan ialah puasa tiga hari dan bayar fidyah enam cupak beras.
Fidyah boleh dibayar dengan harga beras yang biasa dimakan.
Balik |