61. Cecair keputihan najis
SAYA mengalami masalah keputihan. Adakah keputihan itu najis dan sahkah sembahyang saya jika memakai pakaian dalam yang terkena keputihan ini? Adakah ia akan mempengaruhi sembahyang dan ibadat lain?
Ann, Kuala Lumpur
JAWAPAN Cecair keputihan adalah najis dan jika membawanya dalam solat, tidak sah solat kerana membawa najis.
Nabi Muhammad s.a.w mengajarkan supaya mereka yang mengalami masalah keputihan membasuhnya. Ibadat lain seperti puasa misalnya tidak batal kerana keputihan.
Balik |