8 tahun nikah, 5 kali jamak
Dr Mashitah menjawab 01 September 2001
Soalan
SAYA berumur 30 tahun dan sudah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun. Pada awal perkahwinan selama enam bulan, suami tidak pernah menyetubuhi saya malah sepanjang perkahwinan, hanya lima kali kami melakukan persetubuhan.
Jika suami saya hendak memuaskan nafsunya, dia hanya melakukan onani tetapi menggunakan tangan saya menyebabkan sehingga kini kami masih tidak mempunyai cahaya mata.
Pada pandangan ustazah, mengapa dia bertindak demikian? Apakah hukumnya suami bersikap sedemikian?
Bolehkah saya meminta cerai kerana apabila dibincangkan perkara berkenaan ia sering membawa pertelingkahan?
Kiriman: Isteri Dilema, Johor Bahru, Johor.
Jawapan
ANTARA kewajipan seorang suami ialah memberi nafkah batin kepada isteri iaitu menggauli isteri dengan berjimak sekurang-kurangnya sekali selama empat bulan.
Suami yang tidak melakukan persetubuhan normal tetapi sekadar melakukan onani iaitu menggunakan tangan untuk memuaskan nafsu adalah berdosa malah al-Quran menyifatkannya sebagai “melampau batas” dalam surah al-Mukminun sekiranya diboloskan nafsu melaui cara lain sedangkan sudah beristeri.
Hadis pula menggambarkan pada Hari Akhirat ada orang yang akan dibangkitkan dalam keadaan tangannya bunting kerana melakukan onani.
Ada kemungkinan suami bersifat demikian kerana sudah biasa melakukan onani sejak sebelum kahwin menyebabkan dia lebih merasakan kepuasan beronani daripada melakukan persetubuhan normal.
Keadaan menjadi bertambah serius apabila puan pula melayannya dengan cara begitu yang mana hanya akan memuaskan pihak suami sendiri sedangkan isteri tidak merasakan sebarang kepuasan.
Jika benar puan bertanya untuk mencari penyelesaian, puan mesti menghentikan daripada terus melayan cara onani, tetapi puan mestilah berusaha memperkenalkan kepada suami pelbagai teknik hubungan kelamin yang sebenarnya lebih mengasyikkan daripada melancap.
Onani bukan saja berdosa tetapi akan merosakkan tisu sekeliling alat kelamin yang dijadikan Allah untuk disentuh oleh faraj dan bukannya tangan.
Apabila suami merasakan teknik persetubuhan normal lebih nikmat lama-kelamaan tabiatnya akan berkurangan. Yang penting puan sendiri mesti mendalami cara terbaik untuk bersama.
Dato Dr. Masitah |