Lafaz nak jatuh talak lepas raya
Cina
19 January 2002
soalan
SUAMI saya pernah mengatakan atau
menyebut ucapan seperti berikut: “Nanti pada Hari Raya Cina, aku akan lepaskan
engkau!”
Adakah dengan ucapan itu bermakna
sudah jatuh talak ke atas diri saya?
Bagaimanakah jalan sebaiknya untuk
menyelesaikan masalah ini? Sekiranya memang benar sudah jatuh talak, bolehkah
kami merujuk semula?
Kiriman:
Norashikin Jaafar,
Johor Bahru, Johor
Jawapan
ISLAM menggesa umatnya supaya berhati-hati
di dalam pengucapan talak. Apa yang diucapkan oleh suami sebenarnya dinamakan
sebagai talak bersyarat.
Apabila sampai waktu yang dijanjikan
iaitu pada Hari Raya Cina sekiranya suami tidak melafazkan talak, hubungan
suami isteri adalah seperti biasa kerana lafaz yang digunakan ialah “nanti
aku akan”.
Ia bermakna belum pasti lagi si
suami akan mentalak isterinya.
Sebaliknya jika dia melafazkannya,
maka jatuhlah talak.
Jika sudah jatuh, suami boleh merujuk
pada isteri selama mana dalam tempoh edah.
Balik
|