Tegur suami lihat VCD lucah
Oleh DR MASHITAH IBRAHM
19 January 2002
Soalan
SUAMI saya gemar menonton video
cakera padat (VCD) lucah. Apabila saya tegurnya nanti dia kata saya jadi
isteri derhaka.
Jadi apa hukumnya menonton gambar
bogel dan bagaimanakah caranya untuk menasihatinya?
Kiriman:
Rokiah Hassan
Dungun, Terengganu
Jawapan
MENONTON video lucah dan gambar
bogel adalah berdosa dan termasuk melakukan perkara maksiat.
Berhubung perkara maksiat kita dituntut
Islam supaya mencegah sekadar yang termampu. Isteri tidak derhaka walaupun
suami menuduh sedemikian sekiranya dia cuba menasihati suami dan menghalangnya
dari melakukan maksiat.
Bahkan isteri dilarang mentaati suami
pada arahan yang melanggar perintah Allah.
Menasihati bukanlah perkara mudah,
perlu kepada kesabaran dan cara yang terbaik. Ada baiknya jika meminta
orang yang berpengalaman melakukannya jika puan sendiri gagal.
Balik
|