Terkeluar air mani ketika puasa
05 January 2002
Soalan
DI bulan Ramadan yang lalu, saya
tertidur di siang hari selepas pulang daripada bekerja. Sewaktu terjaga
daripada tidur, saya dapati air mani keluar (tanpa bermimpi).
Saya ingin tahu mengenai kedudukan
puasa saya pada hari berkenaan sama ada batal atau wajib diqada atau sebaliknya.
Kiriman: Yang musykil,
Taman Semarak, Nilai,
Negeri Sembilan.
Jawapan
AIR mani yang keluar bukan kerana
berjimak atau beronani pada siang hari Ramadan tidak membatalkan puasa.
Dalam keadaan di mana orang yang
berpuasa tertidur siang hari dan air mani pula keluar, puasanya tidak batal
manakala dia pula tidak perlu mengqada puasa berkenaan.
Balik
|