Minyak wangi tak batalkan solat
Oleh DR MASHITAH IBRAHIM
05 January 2002
Soalan
APAKAH hukumnya menggunakan minyak
wangi yang dicampur dengan kandungan alkohol sewaktu sembahyang?
Bagaimana pula dengan penggunaan
sabun, pencuci muka dan seumpamanya yang mengandungi alkohol lalu bersembahyang
sejurus selepas menggunakannya? Adakah sembahyang itu dikira sah?
Kiriman: Aizat,
Selayang, Selangor.
Jawapan
MENURUT fatwa daripada Dr MS Ramadhan
Bouty, alkohol dalam minyak wangi tidak dikira sebagai alkohol yang diharamkan
kerana penggunaannya lebih kepada bidang perubatan.
Oleh itu, menggunakannya di dalam
solat tidak membatalkannya begitu juga dengan sabun atau pencuci muka yang
mengandungi alkohol, yang mana bahan berkenaan perlu sebagai bahan pembersih.
Hanya ayat al-Quran doa terang hati
05 January 2002
Balik
|