Ciri-ciri darah haid
Dr Mashitah jawab
29 December 2001
Soalan
SAYA menghadapi masalah
faraj saya yang mengeluarkan ketulan darah berwarna coklat (bentuk yang
kecil) setiap bulan.
Adakah ia dikatakan darah
haid?
Kiriman: Hamba Allah,
Kedah.
Jawapan
DARAH haid mempunyai sifat
yang tersendiri. Ciri darah haid ialah ia darah yang keluar dari faraj
wanita bukan kerana melahirkan atau penyakit tetapi sebagai tanda baligh
dan sihatnya wanita berkenaan.
Bila keluar ia terasa
panas, mempunyai bau yang kurang menyenangkan serta kadang-kadang diikuti
rasa sakit.
Kadang-kadang ia berwarna
merah, coklat warna tanah atau warna pudar. Darah itu mestilah darah yang
keluar setelah wanita berkenaan suci sekurang-kurangnya 15 hari. Jika darah
yang keluar itu mempunyai ciri-ciri terbabit, ia adalah haid.
Balik
|