Doa kebaikan diri sendiri, kesihatan
Dr Mashitah jawab
29 December 2001
Soalan
SELEPAS solat sunat, apakah
doa yang afdal dibaca? Adakah doa selepas solat sunat sama dengan doa yang
diamalkan selepas solat fardu?
Kiriman: Anna,
Alor Star, Kedah.
Jawapan
KEPERLUAN bentuk doa berbeza
daripada seorang dengan seorang yang lain. Doa selepas solat sunat bergantung
kepada sunat apakah yang dilakukan.
Jika sunat dhuha ada doanya
yang Ma’thur (iaitu yang diajar oleh Rasulullah s.a.w) begitu juga jika
sunat taubat , sunat awabbin, sunat tahajud dan sebagainya.
Jika sunat itu sunat sebelum
dan selepas solat kita boleh membaca apa saja doa mengikut hajat. Bagaimanapun
bila Rasulullah s.a.w ditanya,apakah amalan yang paling baik dilakukan,
baginda menjawab “doa untuk kebaikan diri sendiri adalah paling baik”.
Manakala bila ditanya
oleh seorang sahabat yang lain doa apa yang patut diminta, baginda menjawab
“mintalah supaya Allah memberi Afiah (kesihatan).”
Balik
|