Niat puasa enam, qada
22 December 2001
Soalan
SAYA keliru dengan puasa enam yang
dilakukan di bulan Syawal. Ada yang mengatakan kita boleh melakukan puasa
sunat itu sekaligus mengqadakan puasa di bulan Ramadan.
Adakah pendapat itu benar? Bagaimana
pula dengan niat untuk melakukan puasa enam itu?
Kiriman: Hamba Allah,
Kluang, Johor.
Jawapan
ADA dua pendapat yang diutarakan
oleh ulama. Pendapat pertama mengatakan tidak boleh dicampur adukkan antara
sunat dan wajib.
Pendapat kedua pula melihat sekiranya
wajib dilakukan pada waktu yang disunatkan maka dengan sendirinya melayakkan
seseorang itu untuk mendapat sunat.
Kedua pendapat adalah benar. Secara
peribadi saya mirip kepada pendapat kedua iaitu mereka yang puasa wajib
seperti qada dalam bulan Syawal dengan sendirinya akan mendapat pahala
sunat tetapi niatnya adalah puasa wajib bukan berniat kedua-duanya sekali
wajib dan sunat.
Balik
|