Gagal hindari ketagih onani
Dr Mashitah jawab
22 December 2001
Soalan
SAYA seorang lelaki bujang berusia
23 tahun. Masalahnya, saya sering melakukan onani sejak tiga tahun lalu
dan bertekad tidak mahu melakukannya lagi tetapi sehingga kini masih lagi
gagal menghindarinya.
Dengan pengaruh daripada pelbagai
medium, saya percaya ramai muda-mudi yang melakukannya. Namun bagi saya,
saya begitu menyesal setiap kali melakukan onani
Oleh itu, saya ingin pandangan dan
nasihat ustazah untuk menangani masalah dihadapi ini.
Kiriman: Hamba Insaf,
Petaling Jaya, Selangor.
Jawapan
ONANI dilarang di dalam Islam disebabkan
mencari kepuasan daripada jalan yang luar biasa bahkan dari segi perubatan
kerana ia memberi kesan kepada tisu kawasan sulit yang lembut apabila selalu
digosok dengan tangan yang kasar akan memberi kesan padanya.
Perbuatan onani jika terlalu diamalkan
akan terasa kesannya kelak apabila berkahwin di mana keseronokan bersama
sukar dicapai kerana lebih enak melakukan onani daripada hubungan kelamin.
Ramai pengamal onani merungut setelah
berkahwin mereka masih terasa selesa dengan cara ini daripada mengadakan
hubungan kelamin.
Perbuatan terbabit mesti dilatih
untuk dihentikan. Elakkan daripada menonton adegan yang mengghairahkan
serta alihkan perhatian ketika terasa hendak beronani dengan melakukan
amalan lain seperti bersenam misalnya. Hendak seribu daya tak hendak seribu
alasan.
Balik
|