Doa tegah suami buat maksiat
Dr Mashitah jawab
22 December 2001
Soalan
SAYA sudah berkahwin hampir 13 tahun
dan mempunyai empat anak tetapi kini suami saya jatuh cinta dengan seorang
wanita yang sudah berumah tangga.
Suami meminta izin saya untuk berkahwin
dengan wanita itu sebagai isterinya yang kedua tetapi saya bingung dan
kecewa memandangkan saya sangat sayangkan dirinya malah banyak berkorban
untuk suami saya selama ini.
Saya juga bimbang jika keinginan
suami saya melonjak hingga ke tahap melakukan perkara dilarang di sisi
agama. Saya ingin meminta nasihat ustazah mengenai masalah saya ini.
Kiriman: Ingin Tahu,
Johor Bahru, Johor.
Jawapan
ANTARA wanita-wanita yang dilarang
bagi lelaki berkahwin ialah wanita yang masih bersuami. Suami puan berdosa
sekiranya dia memikat, berseronok atau hendak berkahwin dengan isteri orang.
Begitu juga dengan wanita itu dia
berdosa kerana curang terhadap suaminya. Antara ujian yang sangat berat
diterima bagi wanita ialah ujian poligami.
Puan perlukan satu persediaan mental
dan kewangan dari sekarang. Cuba bawa berbincang dengan suami mengenai
kemampuannya dan banyakkan berdoa kepada Allah minta dilindungi suami daripada
kancah maksiat.
Ada baiknya juga meminta mereka yang
berpengaruh seperti mentua, bapa atau imam untuk cuba menasihatinya.
Balik
|