Bapa tidak solat wali nikah
Dr Mashitah jawab
22 December 2001
Soalan
BENARKAH pendapat mengatakan jika
seorang bapa tidak bersolat dan berpuasa kemudian menjadi wali (menikahkan
anak perempuannya) maka perkahwinan itu tidak sah?
Adakah anak yang lahir daripada perkahwinan
itu dikatakan anak luar nikah? Adakah pasangan itu harus bernikah semula
walaupun anak-anak sudah besar?
Kiriman: Azura,
Kuala Lumpur.
Jawapan
SEORANG wali yang hendak menikahkan
anaknya mestilah daripada kalangan orang yang adil iaitu taat kepada perintah
Tuhan.
Sekiranya si bapa yang menjadi wali
itu tidak bersolat dan berpuasa, dia dikira sebagai wali fasik.
Menurut Imam Shafie, orang sedemikian
tidak layak dilantik menjadi wali. Jika sudah terjadi wali fasik itu menikahkan
anaknya menurut Imam lain seperti Hanafi dan Maliki pernikahan itu sah
dan tidak dikira berzina manakala semua anaknya adalah sah.
Balik
|