Fidyah boleh diganti wang
Soalan
MENGENAI pembayaran fidyah, bolehkah fidyah puasa itu dibayar secara wang tunai ke rumah anak yatim, orang tua atau menderma wang berkenaan kepada tabung kebajikan seperti Tabung Kebajikan Afghanistan memandangkan kesukaran mencari fakir miskin di ibu kota ini?
Kiriman: Jamaliyah, Kuala Lumpur.
Jawapan
PADA dasarnya pembayaran fidyah adalah dengan memberi makan kepada orang miskin. Sekiranya sukar membuat makan dikira sah dengan menggantikan dengan bayaran wang iaitu seringgit satu cupak.
Wang berkenaan pula diberikan kepada orang miskin, tidak mengira sama ada dia anak yatim, orang tua atau Afghan, yang penting dia adalah orang miskin.
Sekiranya orang miskin di negeri sendiri masih ramai adalah lebih baik diutamakan negeri sendiri daripada negeri orang.Fidyah boleh diganti wang Dr Mashitah jawab 08 December 2001
balik |