Boleh makan waktu imsak Dr Mashitah jawab 08 December 2001
Soalan
ADAKAH kita dibenarkan untuk makan dan minum selepas waktu imsak? Bagaimana pula jika azan berkumandang sewaktu sedang menikmati makanan? Bagaimana kedudukan puasa itu?
Kiriman: Hamba Allah, Cheras, Kuala Lumpur.
Jawapan
WAKTU imsak ialah lebih kurang beberapa minit sebelum subuh yang diletakkan sebagai langkah berjaga-jaga, takut-takut kalau kita makan dalam waktu Subuh maka terbatallah puasa.
Kebiasaannya imsak cuma ada pada puasa di bulan Ramadan sahaja sebagai langkah menjaga puasa wajib.
Jika dalam kedaan tergesa-gesa kerana bangun lewat atau sebagainya, boleh makan di waktu imsak selagi yakin tidak masuk waktu subuh yang ditanda dengan berkumandangnya azan.
Sekiranya ketika sedang makan itu, azan berkumandang maka berhentilah makan dengan serta-merta.
balik |