Masalah angin ketika solat Dr Mashitah jawab 08 December 2001 Soalan
SELEPAS melahirkan anak, saya dapati banyak angin keluar dari faraj saya malah ia turut keluar sewaktu saya bersolat. Dalam keadaan demikian, adakah ia akan membatalkan solat saya?
Saya ingin penjelasan secara terperinci mengenai maksud, “Keluar sesuatu daripada dubur atau qubul”. Apakah yang dimaksudkan dengan sesuatu itu?
Kiriman: Ingin Tahu, Pulau Pinang.
Jawapan
ANTARA perkara yang membatalkan wuduk dan solat ialah keluar sesuatu dari faraj atau dubur.
Maksud sesuatu itu termasuk angin, najis, air, batu, cincin dan duit syiling misalnya atau apa sahaja.
Berkenaan masalah angin yang puan hadapi yang keluar dari faraj, pada hukum asalnya ialah ia membatalkan.
Bagaimanapun jika ia tidak dapat dielakkan misalnya angin memang sentiasa keluar hingga sukar mencari waktu bersih untuk solat boleh dikirakan mudarat.
Apa yang perlu puan lakukan ialah menampal faraj sebelum solat dengan seluar dalam dan kemudian bersolat seperti biasa.
Balik |