Cara terbaik lupus tuala wanita Dr Mashitah jawab 24 November 2001
Soalan
SAYA ingin penjelasan cara sebaiknya yang harus dilakukan terhadap tuala wanita yang sudah digunakan.
Adakah ia patut dibersihkan terlebih dulu, ditanam tanpa dibersihkan, dibakar atau sebagainya?
Kiriman: Noor, Kuantan, Pahang.
Jawapan
TUALA wanita yang sudah melekat darah haid dikira najis. Jika tuala itu daripada jenis tuala yang boleh dibasuh hendaklah dibasuh bersih sebelum boleh dipakai semula.
Sekiranya ia daripada jenis pakai buang, sebaiknya dibungkus dengan baik dengan kertas dan dibuang di tempat yang disediakan (sekarang bilik air mempunyai tong khas untuknya) atau di tempat tong sampah. Tindakan ini supaya ia tidak diganggu atau digonggong oleh binatang seperti anjing dan juga mengelakkan daripada digunakan untuk sihir atau sebagainya.
Jenis tuala wanita yang ada sekarang cukuplah dibuang saja setelah dibungkus dengan baik dengan plastik yang disediakan sekali melainkan jika dikhuatiri ia dibawa binatang, eloklah tuala wanita itu ditanam.
Balik |