Berdosa cerai ketika haid
Dr Mashitah jawab 18 August 2001
Soalan :
BAGAIMANA kedudukan si suami yang tidak mengetahui isterinya dalam keadaan haid tetapi menceraikan isterinya dalam keadaan berkenaan? Adakah isteri sudah jatuh talak? Adakah perbuatan suami itu dikira berdosa?
Kiriman: Maz, Ampang, Selangor.
Jawapan :
SUAMI yang menjatuhkan talak kepada isteri yang sedang dalam keadaan haid hukumnya berdosa. Ini disebabkan perbuatan berkenaan boleh memanjangkan tempoh isteri terbabit berada di dalam edah.
Biasanya jika tidak dalam haid, dia hanya menunggu tiga kali datang haid dan suci saja. Apabila suami menjatuhkan talak ketika dalam haid bermakna tempoh berkenaan menjadi panjang sedikit kerana dia berada dalam keadaan tidak suci dan sekarang terpaksa menuggu tiga kali suci lagi barulah tamat tempoh edahnya.
Talak ketika haid tetap berlaku atau jatuh walaupun perbuatan itu berdosa. Suami yang tidak tahu mestilah belajar berkenaan hak yang diberikan Allah kepada mereka
Dato Dr. Masitah |