Boleh niat berpuasa tanpa mandi hadas Dr Mashitah jawab 24 November 2001
Soalan
SAYA sudah pasti mengenai haid saya yang sudah kering pada malam bulan Ramadan tetapi saya belum mandi hadas.
Dalam keadaan belum melakukan mandi hadas itu, bolehkah saya berniat untuk berpuasa Ramadan?
Kiriman: Hamba Allah, Kuala Lumpur
Jawapan
NIAT puasa Ramadan mestilah dilakukan sebelum subuh. Ini berdasarkan kepada hadis yang menyebut barang siapa yang bangun di pagi hari dengan tiada niat tiada puasa baginya.
Berkenaan mandi hadas sekiranya sudah kering waktu malam dan suci pada waktu pagi sudah boleh berpuasa dan dibolehkan melewatkan mandi hadas hingga waktu hendak bersolat.
Ertinya puasa yang diteruskan sebelum mandi hadas harus cuma mandi menjadi wajib jika mahu bersolat.
Balik |