Sisa air kencing perlu dibersih Dr Mashitah jawab 24 November 2001
Soalan
BARU-baru ini anak jiran saya menumpang di rumah saya dan menggunakan bilik mandi rumah saya. Sejak itu bilik mandi berbau hancing dan apabila disiasat, rupa-rupanya sisa air mandian bercampur air kencing anak jiran saya itu (sudah remaja) bertakung di tepi dinding bilik mandi.
Saya rasa was-was kerana kakinya berjalan merata tempat di dalam rumah saya selepas keluar daripada bilik mandi. Adakah lantai rumah saya boleh dikatakan bernajis? Apakah yang harus dilakukan dalam keadaan ini?
Kiriman: Hamba Allah, Kemaman, Terengganu.
Jawapan
AIR kencing termasuk najis yang perlu dibersihkan. Rasulullah s.a.w. pernah melalui satu kawasan perkuburan dan memberitahu sahabat ahli kubur berkenaan sedang diseksa kerana sisa najis kencing yang tidak dibersihkan dengan baik.
Dalam keadaan itu, ada beberapa langkah yang puan mesti ambil. Langkah pertama ialah membersihkan bilik air tempat di mana didapati ada kesan najis seperti bau atau warna.
Bagi kawasan rumah pula jika ada kesan bau atau warna barulah boleh dikatakan najis jika tidak, tentu sukar untuk membasuhnya kecuali jika puan sanggup untuk membersihkan semua rumah yang mana tentulah sukar.
Langkah seterusnya ialah memaklumkan kepada anak jiran berkenaan cara yang betul supaya najis tidak dibawa ke merata tempat.
alik |