Bantu
majikan masak daging babi
Oleh Dr Mashitah Ibrahm 10 November 2001
Soalan
SAYA pembantu rumah dari seberang yang bekerja di rumah majikan bukan Islam.
Di rumah itu, saya sering berhadapan dengan daging babi malah saya juga
membantu tuan rumah memasaknya.
Pinggan mangkuk yang digunakan untuk
makan makanan haram itu saya yang mencucinya tetapi selepas itu, saya
membersihkan tangan dengan air campuran tanah. Keadaan demikian membuatkan
saya sering berada dalam dilema, apakah yang seharusnya saya lakukan?
Masalah kedua, saya bersolat di bilik saya tetapi di dalam rumah majikan
saya itu ada tokong. Adakah solat saya sah? Adakah saya berdosa kerana
menolong mengemas peralatan sembahyang mereka.
Kiriman: As, Johor
Bahru, Johor.
Jawapan
MEMANG benar seperti yang dilakukan iaitu saudari terpaksa bekerja memasak
babi kerana tugas yang tidak dapat dielakkan. Setelah itu, dibersihkan pula
dengan tanah sebagai samak untuk dicuci.
Ikhtiarkan sesuatu sekiranya
saudari dapat bertukar majikan, jika tidak dapat berbuat demikian, apa yang
saudari lakukan sudah betul.
Mengenai bersolat itu, carilah tempat
yang tidak ada tokong iaitu saudari tidak perlu bersolat dalam bilik
sembahyang mereka tetapi di mana saja di bumi Allah adalah bersih asalkan
bukan di tokong.
Berkenaan masalah mengemas barang sembahyang itu,
tidak timbul sebarang masalah dalam soal ini. Saudari sekadar mengemas
barang sembahyang yang termasuk tugasan yang tidak dapat dielakkan, ia tidak
menjadi dosa
Balik |