Setiap sakit ada penawar Dr Mashitah jawab 03 November 2001
Soalan
ADA seorang yang jatuh sakit tetapi tetap tidak sembuh selepas berubat secara moden mahupun tradisional. Segala cara sudah dicuba termasuk rawatan di hospital luar negara.
Suatu ketika, dia diberitahu bahawa jika hendak sembuh, dia harus minum arak sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakitnya. Dalam situasi demikian, apakah dibolehkan pesakit itu meneguk arak untuk mengubati sakitnya?
Kiriman: Sukaedi Estet Lunas.
Jawapan
RASULULLAH s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang maksudnya “Tidak Allah jadikan satu penyakit melainkan Allah jadikan juga penawarnya siapa yang tahu saja akan mengetahuinya dan akan jahil siapa yang jahil.”
Begitu juga hadis yang mengatakan, “Tidak dijadikan penawar daripada benda yang haram”. Gabungan dua hadis ini memberi makna bahawa setiap sakit itu ada penawarnya cuma manusia saja belum menemuinya dan penawar itu tidak pernah Allah jadikan daripada perkara yang haram.
Dalam hal ini mestilah dirujuk kepada sekurang-kurangnya dua pakar berugama Islam yang mengesahkan bahawa hanya arak itu yang dapat menyelamatkannya.
Jika sekadar diberitahu orang biasa janganlah dipakai petua itu.
Sekiranya sudah disahkan oleh golongan pakar Islam, terpulanglah kepada pesakit sama ada mahu bersabar dan menerima pahala daripada Allah atau meminumnya untuk sembuh sekadar perlu.
Balik |