Minum susu isteri tak jatuh talak
Dr Masitah menjawab 20 October 2001
Soalan
SAYA ada mendengar pendapat bahawa suami yang minum air susu isteri akan
jatuh talak terhadap isterinya itu. Saya risau memikirkan perkara ini kerana
ia berlaku terhadap saya tetapi adakah pendapat itu benar?
Kiriman: Hamba Allah, Pahang.
Jawapan
SEORANG suami yang minum atau
menghisap air susu isterinya tidak jatuh talak. Ini disebabkan suami tidak
menjadi anak susu isteri walaupun dia menghisapnya kerana syarat menjadi
anak susu ialah kurang daripada dua tahun (bayi) dan minum lebih daripada
lima kali hingga kenyang.
Dalam keadaan biasa, si suami tidak akan
menghisap susu isteri hingga kenyang dan tertidur seperti bayi.
Oleh
itu, tidak jatuh apa-apa hukum jika suami menghisap susu isteri. Cuma
sebaiknya, dinasihatkan supaya mengurangkan kadarnya jika masih ada bayi
yang menghisap susu ibunya takut hak bayi akan menjadi kurang jika terlebih
hisap.
DATO DR MASITAH |