Nama zina jadi usikan kawan
Dr Mashitah jawab 06 October 2001
Soalan
DI hujung nama saya ada perkataan ‘zina’ menyebabkan saya sering ditertawakan kawan yang gemar menyamakannya dengan perbuatan ‘zina’.
Bolehkah saya menukar nama berkenaan bagi mengelakkan keadaan yang kurang menyenangkan itu?
Kiriman: Ingin Tahu, Selangor.
Jawapan
RASULULLAH s.a.w. mengingatkan bahawa antara tugas ibu bapa yang wajib dilaksanakan terhadap anak-anak ialah memberi nama yang baik.
Pernah terjadi di zaman baginda apabila mereka yang datang mempunyai nama yang buruk dan makna yang tidak baik, justeru baginda menukarkan nama berkenaan.
Saudari juga boleh berbuat demikian untuk menukar nama dengan membuat permohonan di pejabat pendaftaran.
Bagaimanapun, sebelum itu sebaiknya diteliti terlebih dahulu kerana jika “zinah”, ia membawa makna perhiasan atau “sina” pula ia membawa makna cahaya.
Oleh itu, teliti terlebih dahulu makna di depannya agar tidak tersilap. Bagaimanapun jika memang ejaannya zina, eloklah ditukar kepada yang baik.
Dato Dr. Masitah |