Salam bukan Muslim tidak perlu dijawab
29 September 2001 Soalan
BOLEHKAN seseorang yang bukan beragama Islam mengucapkan ‘Assalamualaikum’?
Sekiranya mendapat salam daripada orang yang bukan beragama Islam, apakah yang seharusnya kita lakukan?
Kiriman: Boy, Taiping, Perak.
Jawapan
UCAPAN salam adalah cara sesama Islam menyapa antara satu dengan yang lain di mana di dalamnya mengandungi makna selamat dan sejahtera.
Ucapan ini adalah khas untuk orang Islam kerana inilah ucapan di dalam syurga kelak. Sekiranya seorang yang bukan Islam mengucapkannya kepada orang Islam, kita tidak perlu menjawab salam berkenaan.
Walaupun ada sesetengah orang berpendapat kita menjawab tetapi di sebut “wa alaikum sam” yang membawa maksud “dan kepada kamu pula mendapat celaka atau kematian”, tetapi jika merujuk kepada ajaran baginda kepada isterinya Aisyah ra, jelas baginda berpesan supaya jangan dijawab salam mereka kerana orang Islam sejati tidak mengharapkan kecelakaan pada orang lain walaupun orang itu bukan beragama Islam.
Dato Dr. Masitah |