Guna minyak pengasih
Oleh MASHITAH IBRAHIM 29 September 2001
Soalan
ADAKAH umat Islam dibenarkan untuk menggunakan minyak atau ubat pengasih supaya diri mereka dikasihi? Jika kaedah itu tidak dibenarkan, adakah sebarang amalan doa yang boleh diamalkan supaya diri kita sentiasa dikasihi orang lain?
Kiriman: Nazri, Johor Bahru, Johor.
Jawapan
MENGGUNAKAN minyak atau ubat pengasih membabitkan dua hukum berhubung perkara ini.
Perbuatan itu adalah harus jika seseorang itu menggunakan benda yang halal tanpa bantuan berunsur syirik sekiranya orang yang dikehendaki kasih itu ialah isteri atau suami atau anak-anak yang mana hubungan itu diharuskan.
Haram pula hukumnya jika ada unsur-unsur syirik atau apa saja yang bercanggah dari segi kaedah atau orang yang mengubati.
Bertambahlah haram jika tujuannya juga tidak baik seperti memecah belah suami isteri yang baik supaya kasih berubah pada orang lain umpamanya.
Terdapat banyak doa yang dapat diamalkan daripada al-Quran kerana al-Quran sendiri disifatkan oleh Allah sebagai penawar.
Antaranya ialah dengan berzikir mengamalkan nama-nama Tuhan seperti Ya Rahim, Ya wadud, Ya latif, dan membanyakkan membaca ayat 200 daripada surah al-Imran.
Dato Dr. masitah |