Bebanan tugas alasan solat hujung waktu
08 September 2001 Soalan
SAYA pernah mendengar pendapat kita tidak boleh bersolat di penghujung waktu solat contohnya, bersolat Zuhur ketika sudah hampir masuk waktu Asar.
Tetapi bagaimana jika kita belum melakukan solat Zuhur disebabkan bebanan tugas dan seumpamanya hingga pada saat-saat akhir saja kita berkesempatan untuk bersolat?
Bagaimana pula keadaannya jika seseorang itu memang sengaja melewatkan waktu solat dan bersolat hanya pada penghujung waktu solat berkenaan?
Kiriman: Hamba Allah, Kuala Lumpur.
Jawapan
MEMANG benar pendapat yang mengatakan orang yang solat di penghujung waktu adalah berdosa kerana mereka termasuk dalam erti kata orang yang melalaikan solat tetapi hukum haram dan berdosa ini adalah tertakluk kepada orang yang sengaja berbuat demikian.
Contohnya, disebabkan malas hendak berwuduk dia melewatkan solat atau apa saja perkara melalaikan.
Tetapi jika kerana keuzuran yang dibolehkan contohnya terpaksa lewat kerana berada dalam bas, adalah dituntut menyegerakan melakukan solat terbabit walaupun pada penghujung waktu.
Dato Dr. Masitah |